Tindakan Yang Wajar Di Ambil Dalam Pengeluaran Minyak Yang Mampu Menaikkan Permintaan Dalam Mengurangkan Harga Tenaga

Berdasarkan laporan BBC.Com, pengeluar minyak terbesar dunia akan mengadakan satu perbincangan yang penting pada hari Rabu untuk membincangkan jumlah keluaran minyak yang perlu ditambahkan lagi ke dalam pasaran mulai September.

Ini berikutan kepada beberapa minggu yang lalu apabila Perdana Menteri AS, Joe Biden yang telah mengadakan lawatan ke Saudi Arabia yang membawa usaha untuk meyakinkan lagi Saudi Arabia dalam menambahkan bilangan keluaran minyak dan membantu mengawal lonjakan kenaikan harga minyak.

Kegiatan minyak mentah yang secara konsisten didagangkan dalam anggaran $100 dolar satu tong sejak Februari yang lalu mampu meningkatkan kos sara hidup di banyak negara.

Rumah Putih berharap penglibatan 13 ahli Pertubuhan Negara Pengeskport Petroleum (OPEC) akan membuat keputusan yang wajar untuk meningkatkan bekalan minyak.

OPEC telah ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai kartel iaitu dengan tujuan untuk menetapkan bekalan minyak di seluruh dunia beserta dengan harganya.

Saudi Arabia merupakan pengeluar tunggal minyak yang terbesar, dan selepas perjumpaan Joe Biden dengan Putera Mahkota Saudi, Mohammed Bin Salman, beliau berkata jangkaan bekalan minyak akan meningkat.

Bagaimanapun, pegawai Saudi juga telah menegaskan bahawa sebarang keputusan untuk menambah bekalan akan dilakukan dengan cara perundingan dengan pihak OPEC+ terlebih dahulu.

OPEC+ ialah kumpulan pengeksport minyak yang terdiri daripada 23 negara pengeskport termasuk Rusia, yang bermesyuarat setiap bulan di Vienna untuk menentukan jumlah minyak mentah yang perlu dijual di pasaran dunia.

Faktor Yang Boleh Menyebabkan Harga Minyak Turun

Berdasarkan pada April 2020, OPEC+ telah memperkenalkan beberapa siri pemotongan yang berterusan di sepanjang wabak coronavirus apabila permintaan menurun. Pada tahun 2021, permintaan telah pulih secara perlahan-lahan.

Pada perjumpaan yang paling terkini, OPEC+ telah memutuskan untuk menambahkan sedikit jumlah tong yang dikeluarkan untuk bulan Ogos.

Tetapi, usaha ini tidaklah semudah yang diperlihatkan kerana beberapa ahli kartel yang lain seperti Angola, Nigeria dan Malaysia sudah berhadapan dengan cabaran untuk mencapai sasaran bekalan bulanan yang sedia ada di negara masing-masing.

Pada masa yang sama, bekalan Rusia juga telah berkurangan kerana sekatan Barat. Moscow, sementara itu telah meningkatkan penghantarannya kepada pelanggan di Asia seperti China dan India.

Lynchpin, Arab Saudi bersama dengan jirannya UAE adalah merupakan satu-satunya pembekal utama yang mempunyai beberapa kapasiti ganti.

Sasaran pengeluaran Saudi untuk Ogos adalah sebanyak 11 juta tong minyak sehari, yang diperulas oleh pakar tenaga di mana sasaran ini sudah berada pada tahap yang tinggi dan mencadangkan untuk meninggalkan sedikit ruang untuk sebarang aktiviti kenaikan dengan lebih banyak.

Mungkin keputusan yang telah dibuat itu perlu dipertimbangkan semula walaupun, terdapat ketidakpastian terhadap permintaan tenaga dalam beberapa bulan akan datang.

Kadar faedah yang kian meningkat akibat peperangan di Ukraine dan kemelesetan yang tinggi di kebanyakan negara barat, semuanya boleh menjejaskan permintaan secara serius.

Beberapa pakar berpendapat faktor-faktor ini boleh menyebabkan OPEC+ tidak mahu meningkatkan pengeluaran mereka secara mendadak.

“Kebimbangan terhadap Arab Saudi dan OPEC+ ialah terdapat begitu banyak perkara yang tidak diketahui. Tiada siapa yang tahu di mana pasaran minyak akan berada enam bulan dari sekarang, atau tahun depan” kata Karen Young, seorang pemegang jawatan di Middle East Institute di Washington DC.

Beliau menambah lagi, ini bermakna Saudi dan Emiriah Arab Bersatu akan mahu menggunakan bekalan ganti mereka dengan bijak.

“Mereka tidak mahu berada dalam situasi di mana mereka menggunakan kapasiti ganti terhad mereka untuk meningkatkan pengeluaran, dan kemudian tiba-tiba, jika permintaan meningkat atau turun pada masa hadapan mereka tidak mempunyai ruang untuk membuat pelarasan. ,” tambahnya.

Sebelum pencerobohan Ukraine, Rusia adalah pengeluar minyak ketiga terbesar di dunia, di belakang AS dan Arab Saudi. Ia menyumbang anggaran sebanyak 8%-10% daripada bekalan minyak global.

Penganalisis pasaran mencadangkan Presiden Vladimir Putin mahu mengekalkan harga minyak yang tinggi untuk terus membayar untuk perang Ukraine dan mengelakkan kesan sekatan ekonomi barat yang boleh melumpuhkan ekonomi.

Bagi Arab Saudi, perpaduan di kalangan kumpulan OPEC+ adalah yang terpenting, dan ia akan mengelakkan sebarang keputusan yang boleh menjejaskannya.

Apa Yang Akan Terjadi Kepada Harga Sekarang?

OPEC sendiri meramalkan bahawa permintaan minyak global akan meningkat pada tahun 2023 walaupun pada kadar yang lebih perlahan berbanding tahun ini.

Seorang penganalisa berkata peningkatan ini didorong oleh kemajuan dalam membendung coronavirus di China.

Anggaran daripada Agensi Tenaga Antarabangsa dan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS sementara itu membuat cadangan di mana permintaan minyak akan terus meningkat dengan kukuh, walaupun kebimbangan terhadap inflasi yang kian meningkat di beberapa negara dan menyebabkan kemelesetan dalam pertumbuhan ekonomi.

Ini bermakna pengeluar minyak mungkin perlu memberi bekalan dengan kadar yang pantas dalam tempoh lima tahun yang akan datang untuk mengimbangi bekalan dan permintaan. Ada juga arahan yang dikeluarkan yang melibatkan kekangan kapasiti dan kekurangan kadar pelaburan dalam proses penapisan.

“Terdapat banyak turun naik dalam pasaran tetapi ada sebilangan yang menjangkakan penurunan berterusan di bawah $100 satu tong,” kata Ben Cahill, seorang ahli di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Washington.

Harga petrol di Amerika Syarikat telah mencecah pada paras yang tertinggi dalam tempoh 13 tahun ini.

Amerika Syarikat telah mengeluarkan kira-kira sebanyak satu juta tong sehari daripada Rizab Petroleum Strategik (SPR) sejak April sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk menambah kira-kira 180 juta tong ke pasaran dalam tempoh enam bulan terakhir ini pada akhir Oktober.

Walaubagaimanapun, Encik Cahill telah mengeluarkan amaran beliau iaitu “once this roll-out stops supplies will become even tighter, putting greater pressure on prices.”

“Kami masih belum melihat tanda-tanda pelaburan yang besar untuk meningkatkan pengeluaran. Jadi, jika permintaan meningkat, kami tidak akan mempunyai bekalan yang mencukupi untuk berada dalam kedudukan yang stabil di pasaran,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *