Selepas United Kingdom, TNB Menyusuli Dalam Membuat Bidaan Dalam Projek Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Di Eropah

Menerusi laman web Sinardaily.My, Tenaga Nasional Bhd menerusi “New Energy Division” (NED) memberi perhatian yang lebih dalam meneroka dalam pasaran baru untuk mengukuhkan lagi portfolio sumber tenaga yang boleh diperbaharui (RE) dengan membina keupayaan dan mendapatkan lagi akses kepada teknologi dan pengetahuan dalam pasaran,kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Baharin Din.

TNB Renewables Sdn Bhd akan memberi tumpuan kepada Asia Tenggara dalam meneroka pasaran baharu termasuk Thailand, Filipina, Vietnam, Taiwan, Korea Selatan dan Australia dan Vantage RE Ltd akan focus sepenuhnya kepada UK dan Eropah termasuk juga pasaran baharu di Sepanyol, Ireland dan Perancis.

“Kami telahpun membuat bidaan. Cadangan juga telah dikemukakan di Ireland dan Australia setakat ini, dan sebahagian daripada keputusannya akan diumumkan dalam tahun ini,” katanya pada sidang media yang berlangsung.

“Sewaktu sidang media berlangsung juga, terdapat beberapa kerja yang diteruskan mengenai perkara ini,” katanya, sambal menambah bahawa pada semua bidaan semasa , TNB berjalan dengan sendiriannya, tetapi terbuka kepada idea kerjasama dari segi pembiayaan dengan beberapa syarikat Malaysia yang lain.

Dalam pada yang sama, TNB juga melakukan perhatian dengan teliti terhadap Sepanyol dan juga Perancis.

Ini kerana, terdapat potensi yang besar di negara Eropah kerana atas dasar komitmen yang tinggi terhadap tenaga hijaunya.

“Kami akan memasuki projek ini sebagai pelabur dan juga sebagai pemain dari segi utiliti. Bekerjasama dengan negara yang boleh dikategorikan sebagai matang dan kami mampu belajar daripada segi pemindahan teknologi termasuklah proses komersialan.”

Baru-baru ini, Vantage RE telah menyelesaikan pembiayaan sebanyak GBP275 juta atau sebanyak RM1.5 billion melalui pembiayaan semula portfolio tenaga solar Vantage Solar UK (VSUK) di United Kingdom.

Portfolio solar 365-MegaWatt (MW) terdiri daripada 24 loji fotovolta (PV) solar yang dipasang di tanah yang terletak di seluruh England dan Wales, dan memberikan sumbangan penting kepada tenaga bersih di UK.

Datuk Baharin berkata, TNB juga berhasrat untuk membawa teknologi ini ke Asia Tenggara dan juga beberapa potensi pasaran yang lain.

Beliar berkata strategi NED adalah berpandukan pada pembangunan “medan tenaga hijau” aset Tenaga Boleh Baharu (TBB) untuk meningkatkan pulangan dan mengoptimumkan pembiayaan melalui kita semula modal serta memanfaatkan pasaran modal global untuk pelaburan TBB.

Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan penglibatan di dalam projek solar, pesisiran luar pantai dan atas daratan yang berpotensi untuk memegang kapasiti TBB sebanyak 14 Gigawatt (GW) menjelang tahun 2050, katanya.

Apabila ditanya mengenai pasaran domestik, Datuk Baharin berkata terdapat beberapa had yang perlu dipatuhi dimana “Jumlah TBB yang perolehi dalam mana-mana system ialah hanya 25% daripada kuasa solar, selebihnya memerlukan kuasa konvensional.”

“Jadi, secara spesifiknya kita sedang bercakap mengenai 700 MW kuasa solar yang mampu digunakan hanya untuk 5 jam sahaja.”

Oleh itu, disebabkan faktor ini, semua negara yang terlibat akan mengehadkan kapasiti TBB dan bagi Malaysia adalah antara 25% hingga 35%.

“Oleh kerana had teknikal itu, kami perlu menimbangkan dengan teliti penggunaan dan penguatkuasaannya jika kami mahu mengembangkan RE kami.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *