Memetik laporan Reuters.Com, KYIV, 25 Julai, Rusia akan terus memotong bekalas gas ke Eropah sebagai tindakan kepada negara-negara yang telah menyokong Kyiv, ada harapan juga di mana pada hari Isnin akan datang eksport bijirin yang disekat Ukraine akan disambungkan semula.
Walaupun, terdapat serangan udara, kapal pertama dari Pelabuhan Laut Hitam Ukraine akan dijangka belayar dalam beberapa hari di bawah perjanjian yang dipersetujui pada hari Jumaat, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini akan membantu mengurangkan krisis makanan antarabangsa, walaupun mempunyai sifat ketidakpercayaan dan potensi bahaya yang kekal.
Kos tenaga yang melambung tinggi dan kebimbangan berlakunya kebuluran di beberapa bahagian dunia menunjukkan bagaimana konflik terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, kini dalam bulan keenam dan tanpa penyelesaian yang dapat dilihat, memberi kesan terhadap Ukraine.
Di barisan hadapan, tentera Ukraine melaporkan serangan Rusia yang meluas di bahagian timur dan berkata tentera Moscow sedang bersiap sedia untuk serangan baharu ke atas Bakhmut, sebuah bandar di wilayah perindustrian Donbas.
Presiden Rusia Vladimir Putin memberi amaran kepada Barat awal bulan ini bahawa sekatan berisiko mencetuskan kenaikan harga tenaga global yang besar.
Pada hari Isnin, gergasi tenaga Rusia Gazprom (GAZP.MM), memetik arahan daripada badan pemerhati industri, berkata aliran gas ke Jerman melalui saluran paip Nord Stream 1 akan jatuh kepada 33 juta meter padu sehari mulai Rabu.
Itu adalah separuh daripada aliran semasa, yang sudah hanya 40% daripada kapasiti biasa. Sebelum perang, Eropah mengimport kira-kira 40% gasnya dan 30% minyaknya dari Rusia.
Kremlin berkata, gangguan gas tercetus akibat daripada isu penyelenggaraan dan sekatan Barat, manakala Kesatuan Eropah telah menunding jari kepada Rusia yang menggunakan pemerasan tenaga.
Jerman berkata ia tidak melihat terdapat sebab-sebab teknikal untuk pengurangan yang terjadi.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy memberi amaran bahawa kremlin sedang melancarkan “perang gas terbuka” menentang Kesatuan Eropah.
Ahli politik di Eropah telah berulang kali berkata Rusia boleh memotong gas pada musim sejuk ini, satu langkah yang akan mendorong Jerman ke dalam kemelesetan dan membawa kepada kenaikan harga bagi pengguna yang sudah berdepan dengan kos tenaga yang sangat tinggi.
Moscow berkata ia tidak berminat terhadap tindakan yang diambil untuk memberhentikan sepenuhnya bekalan gas ke Eropah.
Kapal Penghantaran Bijiran
Kenaikan harga tenaga dan kekurangan gandum global adalah antara kesan paling meluas daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine,di mana ianya mengancam berjuta-juta negara miskin dengan kelaparan.
Sebelum pencerobohan dan sekatan seterusnya, Rusia dan Ukraine menyumbang hampir satu pertiga daripada eksport gandum global.
Pegawai dari Rusia, Turki, Ukraine dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Jumaat bersetuju bahawa tidak akan ada serangan ke atas kapal dagang yang bergerak melalui Laut Hitam ke Selat Bosphorus Turki dan ke pasaran.
Moscow mengetepikan kebimbangan perjanjian itu kerana serangan mungkin boleh berlaku juga oleh serangan peluru berpandu Rusia ke atas Pelabuhan Odesa Ukraine pada hari Sabtu, yang berkata ianya hanya menyasarkan infrastruktur ketenteraan.
Rumah Putih berkata pergerakan “mogok” itu menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti Rusia dan akan lebih memerhati dengan teliti untuk melihat sama ada perjanjian yang telah dibuat yang akan dipenuhi.
“Kami juga akan terus aktif untuk mencari beberapa pilihan lain dengan masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan lagi eksport Ukraine melalui laluan darat serta pilihan untuk membantu petani Ukraine menyimpan sementara makanan,” katanya.
Armada Laut Hitam Rusia telah menyekat eskport bijirin dari Ukraine sejak pencerobohan Moscow pada 24 Februari.
Moscow menafikan tanggungjawab terhadap krisis makanan, menyalahkan sekatan Barat kerana memperlahankan eksport makanan dan bajanya dan Ukraine kerana aktiviti pelombongan yang pendekatan ke pelabuhannya.
Perjanjian pada hari Jumaat, juruterbang akan membimbing kapal di sepanjang saluran yang selamat.
Seorang pegawai kerajaan Ukraine berkata beliau berharap penghantaran bijirin pertama dari Ukraine boleh dibuat dari Chornomorsk minggu ini, dengan penghantaran dari pelabuhan lain dalam masa dua minggu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjangkakan kapal pertama akan bergerak dalam masa beberapa hari.
Prosedur terperinci untuk kapal akan diperincikan dalam masa terdekat, kata timbalan jurucakap PBB Farhan Haq.
Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov, dalam lawatan ke negara-negara Afrika, berkata tiada halangan untuk eksport bijirin dan tiada dalam perjanjian itu menghalang Moscow daripada menyerang infrastruktur ketenteraan.
Kremlin juga berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mesti memastikan sekatan ke atas baja Rusia dan eksport lain ditarik balik agar perjanjian bijirin mampu dilaksanakan.
Serangan Melalui Air
Kremlin berkata penglibatan dalam “operasi ketenteraan khas” untuk mematikan Gerakan tentera dan “menafikan” Ukraine. Kedua -dua negara Kyiv dan Barat mengatakan perang yang terjadi adalah akibat tindakan pencerobohan yang tidak diprovokasi.
Beribu-ribu orang awam telah kehilangan nyawa dan berjuta-juta rakyat yang telah melarikan diri ketika peperangan. Serangan daripada Rusia dan serangan udara yang berlaku telah memusnahkan seluruh bandar.
Dengan senjata Barat yang mendorong kenaikan Ukraine, tentera Putin terlihat ada kemajuan dengan tempoh yang perlahan tetapi mereka dipercayai sedang menyiapkan diri untuk menerima bantuan baru di bahagian timur.
Ukraine berkata pada hari Isnin,tenteranya telah menggunakan system roket HIMARS yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat untuk memusnahkan 50 depot peluru Rusia yang menerima bantuan senjata dari bulan lepas.
Kakitangan Am Ukranine berkata dalam laporan petang pada hari Isnin bahawa pesawat perang Rusia telah menyerang sasaran di wilayah Donetsk, termasuk kawasan yang berhamppiran dengan stesen janakuasa terma Vuhlegirska.