AS Arah Penyedia Telekomunikasi Keluarkan Peralatan Huawei

Washington (CNN) – Pada 2017, kerajaan China telah membuat satu tawaran untuk membelanjakan sebanyak $100 untuk membina taman berhias Cina di Arboretum Nasional di Washington DC. Taman ini yang terdiri daripada kuil, beranda dan 70 kaki pagoda putih, projek ini memberi satu harapan kepada pegawai tempatan, dengan harapan ianya mampu menarik beribu-ribu pelancong setiap tahun.

Secara atas kertas kertas ia dilihat satu tawaran yang menarik. Namun apabila pegawai risikan balas Amerika Syarikat (AS) mula menjalankan siasatan secara terperinci, mereka menemukan banyak perkara yang boleh diragui. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, bangunan pagoda yang akan terletak itu di salah satu titik tertinggi di Washington DC boleh menjadi tempat yang yang sesuai untuk pengumpulan maklumat perisikan.

Sumber terbabit berkongsi kebimbangan dengan CNN, bahawa pegawai China mahu membina pagoda dengan bahan yang dihantar ke AS melalui saluran diplomatik, yang bermakna tidak melalui pemeriksaan pegawai kastam Kastam AS.

The Wall Street Journal pertama kali melaporkan tentang kebimbangan keselamatan pada 2018. Pegawai persekutuan secara senyap-senyap telah menghentikan projek itu sebelum pembinaan dijalankan. Projek taman yang telah dihentikan itu adalah sebahagian daripada aktiviti perisikan balas oleh FBI dan agensi persekutuan lain yang memberi tumpuan kepada peningkatan dramatik pengintipan China di bumi AS sejak sedekad lalu.

Sejak 2017, pegawai persekutuan telah menyiasat pembelian tanah oleh China yang berada di kawasan yang berprofil tinggi, berhampiran infrastruktur kritikal ketenteraan dan kerajaan AS. Terdapat usaha memasang alat pengintipan pendengaran yang telah dihalang oleh perisikan AS.

Antara perkara yang paling membimbangkan yang ditemui FBI adalah berkaitan dengan peralatan Huawei buatan China di atas menara sel yang berhampiran dengan pangkalan tentera AS di kawasan pedalaman Midwest.

CNN memetik beberapa sumber yang dipercayai, memaklumkan bahawa FBI telah mendapati peralatan itu mampu menangkap dan menganggu komunikasi Jabatan Pertahanan, termasuklah yang digunakan oleh Perintah Strategik AS, yang bertujuan mengawal senjata nuklear negara itu.

Walaupun kebimbangan yang meluas mengenai peralatan Huawei berhampiran pemasangan tentera AS telah diketahui umum, penyiasatan yang telah dijalankan dan hasil penemuannya tidak pernah dilaporkan. Keadaan ini telah lama berlaku, sekurang-kurangnya sejak pentadbiran Obama. berlaku sejak Asal-usulnya terbentang kembali kepada pentadbiran Obama. Lebih daripada sedozen sumber telah menerangkan perihal ini kepada CNN, termasuk bekas pegawai keselamatan negara dan yang masih bertugas, yang kesemuanya bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap secara terbuka.

Bagaimanapun setakat ini tiada jelas sama ada komuniti perisikan AS mempunyai bukti bahawa berlaku pemintasan data dari menara tersebut dan dihantar semula ke Beijing. Satu sumber biasa dengan ini menyatakan dari sudut teknikal sangat sukar untuk membuktikan terdapat pakej data telah dicuri dan dihantar keluar negara.

Kerajaan China menafikan sekeras-kerasnya terdapat sebarang usaha mereka untuk mengintip AS. Syarikat Huawei pula dalam satu kenyataan media kepada CNN turut menafikan peralatannya mampu beroperasi dalam mana-mana spektrum komunikasi yang diperuntukkan kepada Jabatan Pertahanan.

Namun pelbagai sumber yang terlibat dengan penyiasatan memberitahu CNN bahawa peralatan Huawei bukan sahaja mempunyai keupayaan untuk memintas trafik komunikasi komersial tetapi juga gelombang komunikasi udara yang terhad  yang digunakan oleh tentera, sekaligus mampu menganggu Arahan Komunikasi Strategik AS.

“Keupayaan memintas sebahagian perkara paling sensitif yang kita, akan memberi kesan kepada keupayaan asas kita untuk memerintah dan mengawal dengan Triad Nuklear, ” kata seorang bekas pegawai FBI yang mengetahui penyiasatan itu.

Dasar berlembut menjadi tegas

Bekas pegawai perisikan menyifatkan hasil penemuan penyiasatan itu sebagai penemuan terbesar yang harus menjadi titik perubahan. CNN menerima pengesahan dari dua sumber berbeza yang mempunyai akses dalam penyiasatan bahawa, sebelum 2019, siasatan ini merupakan rahsia sehingga para penggubal dasar kanan di Rumah Putih dan bahagian lain kerajaan tidak diberi taklimat.

Pada musim luruh, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) memulakan peraturan yang melarang syarikat telekomunikasi kecil daripada menggunakan peralatan jenama Huawei dan beberapa pjenama lain yang dibuat dari China.

“Kewujudan penyiasatan di peringkat tertinggi ini telah menukar ‘burung merpati menjadi helang’,” kata seorang bekas pegawai AS mengulas perubahan dasar AS terhadap syarikat telekomunikasi dari China.

Pada 2020, Kongres telah meluluskan peruntukan sebanyak $USD1.9 billion bagi mengeluarkan teknologi selular Huawei dan ZTE buatan China di seluruh kawasan luar bandar Amerika. Namun dua tahun kemudian, tiada peralatan telah dikeluarkan berikutan syarikat telekomunikasi luar bandar masih menunggu wang pembayaran balik Persekutuan.

Pada Julai 2022 FCC mengumumkan mereka kekurangan dana sebanyak $USD3 bilion bagi membiayai semua permohonan melupuskan peralatan komunikasi buatan China yang berjumlah 24,000 unit.

Tanpa lebih banyak wang daripada Kongres, FCC merancang untuk mula membayar balik syarikat yang telah diluluskan sekitar 40 peratus daripada kos sebenar menukar peralatan Huawei. FCC tidak menyatakan bila wang itu akan diagihkan.

Pada penghujung 2020, Jabatan Kehakiman merujuk kebimbangan keselamatan negaranya tentang peralatan Huawei kepada Jabatan Perdagangan, dan memberikan maklumat tentang tempat peralatan itu diletakkan di AS, kata seorang bekas pegawai kanan penguatkuasa undang-undang AS kepada CNN.

Menurut bekas pegawai penguatkuasa undang-undang dan pegawai kanan AS, pada tahun 2021, pentadbiran Presiden Biden mengarahkan Jabatan Perdagangan membuka siasatan terhadap Huawei untuk menentukan sama ada tindakan yang lebih segera perlu diambil untuk menyingkirkan penyedia teknologi China itu daripada rangkaian telekomunikasi AS.

Menurut sumber terbabit, siasatan yang sangat perlahan itu menumpukan kepada komunikasi luaran daripada peralatan Huawei sama ada ia boleh dieksploitasi apabila melakukan kemaskini perisian.

Bergantung pada apa yang Jabatan Perdagangan dapati, pembawa telekomunikasi AS boleh dipaksa untuk menyingkirkan peralatan Huawei dengan cepat atau berdepan denda atau penalti lain.

Reuters turut melaporkan kewujudan siasatan dengan memetik Jabatan Perdagangan As menyatakan, “Kami tidak boleh mengesahkan atau menafikan penyiasatan yang sedang dijalankan, tetapi kami komited untuk melindungi teknologi maklumat dan komunikasi serta rantaian bekalan perkhidmatan kami. Melindungi keselamatan dan keselamatan orang AS daripada pengumpulan maklumat yang jahat adalah penting untuk melindungi ekonomi dan keselamatan negara kami.”

Pegawai perisikan balas AS baru-baru ini membuat keutamaan untuk mengumumkan ancaman dari China. Bulan ini, Pusat Perisikan dan Keselamatan Kebangsaan AS mengeluarkan amaran kepada perniagaan Amerika dan kerajaan tempatan dan negeri tentang apa yang dikatakan sebagai usaha terselindung oleh China untuk memanipulasi mereka untuk mempengaruhi dasar AS.

Pengarah FBI Christopher Wray baru sahaja pergi ke London untuk mesyuarat bersama dengan pegawai penguatkuasa undang-undang tertinggi Britain untuk menarik perhatian kepada ancaman China.

Dalam temu bual eksklusif dengan CNN, Wray berkata FBI membuka penyiasatan kontra perisikan China baharu setiap 12 jam. “Itu mungkin kira-kira 2,000 atau lebih siasatan,” kata Wray. “Dan itu tidak tidak termasuk kecurian siber mereka, di mana mereka mempunyai program penggodaman yang lebih besar daripada gabungan setiap negara utama lain, dan telah mencuri lebih banyak data peribadi dan korporat rakyat Amerika daripada gabungan setiap negara.”

Ditanya mengapa selepas bertahun-tahun kebimbangan keselamatan negara dibangkitkan ke atas Huawei, peralatan itu sebahagian besarnya masih diletakkan di atas menara sel berhampiran pangkalan tentera AS, Wray berkata, We’re concerned about allowing any company that is beholden to a nation state that doesn’t adhere to and share our values, giving that company the ability to burrow into our telecommunications infrastructure.”

Beliau menyatakan bahawa pada 2020, DOJ mendakwa Huawei dengan urusniaga yang tidak jujur dan penipuan (racketeering) serta konspirasi untuk mencuri rahsia perdagangan.

“Dan saya fikir itu mungkin tentang semua yang boleh saya katakan mengenai topik itu,” kata Wray.

Pengkritik melihat melampaui batas xenophobia

Di sebalik perbincangan yang sukar, keengganan kerajaan AS untuk memberikan bahan bukti menyokong dakwaanya bahawa teknologi Huawei menimbulkan risiko kepada keselamatan negara AS telah menyebabkan beberapa pengkritik menuduhnya melampaui batas “xenophobia”. Kekurangan bukti yang meyakinkan (smoking gun) juga menimbulkan persoalan sama ada pegawai AS boleh memisahkan pelaburan China yang sah dengan pengintipan.

“Semua produk kami yang diimport ke AS telah diuji dan diperakui oleh FCC sebelum digunakan di sana,” kata Huawei AS dalam kenyataannya kepada CNN.

Peralatan kami hanya beroperasi pada spektrum yang diperuntukkan oleh FCC untuk kegunaan komersial. Ini bermakna ia tidak boleh mengakses sebarang spektrum yang diperuntukkan kepada DOD.

“Selama lebih 30 tahun, Huawei mempunyai satu rekod prestasi yang diyakini dalam keselamatan siber, dan kami tidak pernah terlibat dalam sebarang insiden keselamatan siber yang berniat jahat,” kata kenyataan itu.

Dalam kegiatan untuk menghidu bukti pengintipan Cina, pengkritik berpendapat bahawa Persekutuan telah membuat jaringan yang terlalu luas, khususnya yang berkaitan dengan institusi akademik.

Dalam satu kes berprofil tinggi baru-baru ini, seorang hakim Persekutuan membebaskan seorang bekas profesor kejuruteraan Universiti Tennessee. Profesor terbabit telah didakwa oleh Jabatan Kehakiman melalui ‘Inisiatif China’ yang menyasarkan pengintipan China. Hakim memberi membuat penghakiman bahawa “tidak ada bukti yang dikemukakan menunjukkan profesor itu pernah bekerjasama dengan universiti China dalam menjalankan penyelidikan yang dibiayai NASA.”

Dan pada 20 Januari lalu, Jabatan Kehakiman menggugurkan kes berasingan terhadap seorang profesor MIT yang dituduh menyembunyikan hubungannya dengan China, dengan mengatakan ia tidak lagi dapat membuktikan kesnya.

Pada bulan Februari, pentadbiran Biden menutup Inisiatif China sepenuhnya.

Keengganan Kerajaan Persekutuan AS merentasi pelbagai pentadbiran untuk memperincikan perkara yang diketahui telah menyebabkan beberapa pengkritik menuduh kerajaan mengejar “hantu”.

“Ia benar-benar menjadi tanda tanya adakah anda melayan China sebagai pelakon kerana jika anda melayan China sebagai pelakon neutral, maka ya, ini kelihatan gila, bahawa ada beberapa plot di sebalik setiap pokok,” kata Anna Puglisi, seorang Rakan Kongsi Kanan, di Pusat Keselamatan dan Teknologi Baru Universiti Georgetown.

“Bagaimanapun, China telah menunjukkan kepada kita melalui dasar dan tindakannya bahawa ia bukan seorang pelakon yang berkecuali.”

Teknologi Cina di titik penting Amerika Syarikat

Sejak pentadbiran Obama, ejen FBI memantau gangguan komunikasi di sepanjang lebuh raya Interstate25 (I-25) antara Colorado dan Montana, dan menuju ke Nebraska. Lebuh raya yang sesak ini turut menghubungkan beberapa tempat tentera paling sulit termasuk rangkaian fasiliti pelancaran peluru berpandu nuklear.

Selama bertahun-tahun, pembekal telekom luar bandar yang kecil telah memasang penghala (router) dan teknologi buatan China lain yang lebih murah di atas menara telekomunikasi sekitar  I-25 dan tempat lain di rantau ini. Merentasi sebahagian besar kawasan barat kurang kepadatan penduduk, penyedia telekomunikasi kecil adalah satu-satunya pilihan untuk liputan. Penyedia telekomunikasi ini pula beralih kepada Huawei untuk peralatan yang lebih murah dan boleh dipercayai.

Bermula pada akhir 2011, Viaero, penyedia serantau terbesar di kawasan itu, menandatangani kontrak dengan Huawei untuk menyediakan peralatan untuk naik taraf kepada 3G. Sedekad kemudian, ia telah memasang teknologi Huawei di seluruh kumpulan menaranya, kira-kira 1,000 tersebar di lima negeri barat.

Ketika peralatan Huawei mula berkembang berhampiran pangkalan tentera AS, penyiasat persekutuan mula mengambil perhatian. Kebimbangan utama ialah terdapat kemungkinan Huawei menjual peralatan murah kepada pembekal luar bandar yang meletakan peralatannya berhampiran aset tentera walaupun tampak tidak menguntungkannya.

Menurut bekas ejen kanan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), John Lenkart, “para penyiasat pada mulanya memfokuskan siasatan ke atas Huawei pada perspektif perniagaan dan kewangan, bukannya aspek teknikal.

“Pegawai menyiasat di mana usaha jualan Huawei paling tertumpu dan mencari tawaran yang “tidak masuk akal daripada perspektif pulangan pelaburan.”

“Banyak kebimbangan mengenai perisikan balas (counterintelligence) terbongkar hasil siasatan tersebut,” kata Lenkart yang kerjayanya memfokuskan pada perisikan balas yang berkaitan dengan China.

Dengan memeriksa sendiri peralatan Huawei, penyiasat FBI menentukan ia boleh mengecam dan mengganggu komunikasi spektrum Jabatan Pertahanan AS (DOD)  walaupun ia telah diperakui oleh FCC.

Eduardo Rojas, yang mengetuai makmal spektrum radio di Embry-Riddle Aeronautical Universiti di Florida menyifatkan secara teknikal, ia boleh dilaksanakan.

“Secara teknikal tidak sukar untuk membuat peranti mematuhi FCC bagi tujuan spektrum terhad (nonpublic), namun dalam masa yang sama secara sulit mempunyai pencetus pengaktifan untuk mendengar kumpulan lain,” kata

Menurut Rojas, untuk membuktikan peranti mempunyai keupayaan rahsia akan memerlukan pakar teknikal untuk menanggalkan peranti “ke tahap separa konduktor” dan “jurutera untuk melakukan pasangan perantik secara terbalik.”

Dan terdapat satu lagi kebimbangan besar di sepanjang I-25, kata sumber yang biasa dengan penyiasatan itu iaitu peranti kamera.

Kebimbangan terhadap peranti kamera

Sekitar tahun 2014, Viaero mula memasang kamera pengawasan definisi tinggi pada menaranya untuk membuat siaran secara langsung untuk cuaca dan lalu lintas, perkhidmatan awam yang dikongsi dengan organisasi berita tempatan. Dengan berpuluh-puluh kamera disiarkan ke atas dan ke bawah I-25, kamera tersebut memberikan pandangan bird’s eye view (sudut pandangan kamera yang diambil dari atas ke bawah dalam lingkungan 45 darjah), 24-7 tentang lalu lintas dan cuaca masuk, malah memberikan amaran awal tentang puting beliung.

Namun rakaman ini juga secara tidak sengaja akan menangkap pergerakan peralatan dan kakitangan tentera AS yang boleh memberikan Beijing atau sesiapa sahaja maklumat keselamatan yang mempunyai keupayaan untuk menjejaki corak aktiviti antara kemudahan tentera yang dikawal rapi.

Sumber CNN memberitahu Perisikan AS berpendapat terdapat kemungkinan siaran langsung trafik terbabit ditonton dan dirakam oleh China. Dua sumber yang diberi taklimat mengenai penyiasatan pada masa itu berkata pegawai penyiasat percaya bahawa adalah mungkin untuk perkhidmatan perisikan Beijing untuk mempunyai pasukan petugas untuk memantau kamera, menggodam rangkaian dan mengawal ke mana pandangan kamera. Sekurang-kurangnya beberapa kamera yang dipersoalkan beroperasi dengan peralatan rangkaian Huawei.

Bagaimanpun kebimbangan ini menimbulkan kehairanan Ketua Pegawai Eksekutif Viaero, Frank DiRico. Beliau tidak pernah terfikir bahawa kamera boleh menjadi risiko keselamatan negara kerana tidak pernah mendapat apa-apa amaran dari kerajaan.

“Terdapat banyak fasiliti peluru berpandu di kawasan yang kami lindungi. Terdapat beberapa kehadiran tentera,” kata DiRico kepada CNN dalam temu bual dari pejabatnya di Colorado.

“Saya tidak pernah diberitahu untuk mengeluarkan peralatan atau membuat sebarang perubahan,” tegas DiRico.

Malah, DiRico mula-mula mengetahui kebimbangan kerajaan tentang peralatan Huawei daripada artikel akhbar bukan dari FBI, dan mengatakan beliau tidak pernah diberi taklimat mengenai perkara itu.

DiRico tidak mempersoalkan desakan kerajaan bahawa beliau perlu mengeluarkan peralatan Huawei, tetapi beliau ragu-ragu bahawa perkhidmatan perisikan China boleh mengeksploitasi sama ada perkakasan Huawei itu sendiri atau peralatan kamera.

“Kami memantau rangkaian kami dengan cukup baik,” kata DiRico, sambil menambah bahawa Viaero mengambil alih sokongan dan penyelenggaraan untuk rangkaiannya sendiri daripada Huawei sejurus selepas pemasangan. “Kami merasakan kami mempunyai idea yang cukup baik jika ada apa-apa perkara yang tidak dijangkakan berlaku.”

Menjelajah negara untuk pelaburan China

Pada masa penyiasatan I-25 diberi taklimat kepada Rumah Putih pada 2019, para pegawai perisikan balas mula melihat corak pembelian hartanah atau tawaran membangunkan sebidang harta perbandaran, seperti taman atau kilang lama, kadang-kadang sebagai sebahagian daripada susunan “bandar saudara” oleh syarikat China.

Pada awal penyiasatan I-25, Kerajaan telah membatalkan apa yang mereka percaya sebagai perjanjian komersial berisiko tinggi kerana terletak berhampiran tempat ujian ketenteraan yang paling sensitif di Utah. Sumber CNN mmeberitahu tentera AS mempunyai fasiliti ujian dan latihan untuk senjata hipersonik di Utah.

Pada tahun 2020, Pegawai Persekutuan juga menutup konsulat China di Houstan atas maklumat terdapat kebimbangan ia telah menjadi tempat aktiviti pengintipan dan penyebaran pengaruh.

Bill Evanina, yang sehingga awal tahun lalu mengendalikan Pusat Perisikan dan Keselamatan Kebangsaan, memberitahu CNN bahawa kadangkala sukar untuk membezakan antara peluang perniagaan yang sah atau sebahagian daripada  pengintipan kerana kedua-duanya mungkin berlaku pada masa yang sama.

“What we’ve seen is legitimate companies thatarethree times removed from Beijing buy [a given] facility for obvious logical reasons, unawareof what the [Chinese] intelligence apparatus wants in that parcel [of land],” Evanina said. “What we’ve seen recently — it’s been what’s underneath the land.”       

“The hard part is, that’s legitimate business, and what city or town is not going to want to take that money for that land when it’s just sitting there doing nothing?” he added.

Masalah yang rumit

Selepas keputusan penyiasatan I-25 diberi kepada White House dan Presiden Trump pada 2019, FCC mengarahkan syarikat telekomunikasi yang menerima subsidi persekutuan untuk menyediakan perkhidmatan sel ke kawasan terpencil seperti syarikat Viaero mesti “menggantikan” Huawei dan peralatan ZTE.

FCC sejak itu berkata bahawa kos itu mungkin lebih daripada dua kali ganda daripada $1.9 bilion yang diperuntukkan pada 2020 dan tanpa peruntukan tambahan daripada Kongres, agensi itu hanya merancang untuk membayar balik syarikat untuk sebahagian kecil daripada kos mereka.

Memandangkan risiko strategik yang mengejutkan, Lenkart berkata, “menggantikan peralatan itu adalah pemulihan yang sia- sia dan tidak cekap.”

DiRico, Ketua Pegawai Eksekutif Viaero, berkata kos “buang dan ganti” adalah besar dan dia tidak menjangkakan wang pembayaran balik itu cukup untuk membayar perubahan itu.

“Ia sukar dan ia banyak wang,” kata DiRico.

Menurut FCC, Viaero dijangka menerima kurang daripada separuh daripada pembiayaan yang sepatutnya dibayar. Namun, FCC menjangkakan mereka akan mula mengeluarkan peralatan dalam tahun hadapan.

Beberapa bekas pegawai perisikan balas menyatakan kekecewaan kerana kerajaan AS tidak memberikan butiran yang lebih terperinci tentang perkara yang diketahuinya kepada syarikat — atau kepada bandar dan negeri yang mempertimbangkan cadangan pelaburan China. Mereka percaya bahawa bukan sahaja butiran seperti itu akan membantu industri swasta dan kerajaan negeri dan tempatan memahami keseriusan ancaman seperti yang mereka lihat, tetapi juga membantu memerangi kritikan bahawa kerajaan AS menyasarkan syarikat dan rakyat China, bukannya negara China yang menjalankan pengintipan.

“Kerajaan ini perlu melakukan kerja yang lebih baik untuk memberitahu semua orang bahawa ini adalah isu Parti Komunis, ia bukan isu orang Cina,” kata Evanina.

“Dan saya akan menjadi orang pertama yang mengatakan bahawa kerajaan perlu melakukan yang lebih baik berkenaan dengan memahami niat Parti Komunis tidak sama dengan semua orang Cina.”

Seorang pegawai FBI berkata biro itu memberi taklimat yang lebih defensif kepada perniagaan AS, institusi akademik dan kerajaan negeri dan tempatan yang merangkumi lebih terperinci berbanding sebelum ini, tetapi para pegawai masih berjuang dalam perjuangan yang sukar.

“Kadang-kadang saya rasa kami adalah penyelamat yang pergi menemui orang yang lemas, dan mereka tidak mahu bantuan kami,” kata pegawai FBI sekarang.

Sumber ini juga berkata, “Saya berfikir kadang-kadang FBI mengatakan ‘ancaman China,’ dan kami mengambil mudah apa maksud semua itu dalam kepala kami. Dan ia bermakna sesuatu yang lain kepada orang yang sedang kami mahu sampaikan. “

“Saya fikir kita hanya perlu lebih berhati-hati tentang cara kita bercakap mengenainya dan mendidik orang ramai tentang sebab kita melakukan apa yang kita lakukan.”

Dalam pada itu, program “buang dan ganti” masih menjadi kontroversi.

“Ia tidak akan mudah,” kata DiRico. “Saya mungkin tidak dapat tidur yang cukup kerana membimbangkan tentangnya, tetapi kami akan melakukan apa yang diarahkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *