Satelit Forum Yang Dibina Di United Kingdom Akan Mengukur Kesan Rumah Hijau

Menurut laporan BBC.Com, Sebuah kapal angkasa yang mampu mengesan dan mengukur kesan rumah hijau pemanasan Bumi dalam perincian yang tervesar akan dibina di United Kingdom.

Satelit Forum akan dipasang oleh aeroangkasa Airbus di kilangnya yang terletak di Stevenage.

Teknologi ini akan memantau sinaran inframerah yang dating dari permukaan planet Bumi.

Jenis cahaya yang khusus yang menjadikan molekul getaran gas seperti karbon dioksida dan wap air dan membawa kepada pemanasan atmosfera dimana ianya merupakan aspek utama dalam perubahan iklim.

Forum ialah misi pemerhatian Bumi Agensi Angkasa Eropah (ESA). Kontrak perolehannya dengn Airbus bernilai 160 juta Euro yang bersamaan 140 juta pound.

Teknologi angkasa AI ini mampu membantu para petani dalam mengawasi ladang pertanian mereka. Peta yang terpampar melalui satelit radar UK dan Ireland. Selain itu, Menteri Sains UK juga telah menetapkan strategi yang melibatkan angkasa lepas.

Pembentangan dan kertas kerja itu telah ditandatangani di Dewan Rakyat pada malam Isnin di hadapan Menteri Sains, Penyelidikan dan Inovasi George Freeman.

Beliau menyifatkan Forum sebagai satu lagi projek Esa yang cemerlang yang memainkan kekuatan UK dalam kajian perubahan iklim dan pembuatan satelit.

“Menangkap data pemerhatian Bumi dan membangunkan kesuluruhan siri aplikasi daripadanya. Kami sangat mahir dalam semua perkara ity. Jadi saya berfikir kami bersedia untuk masa projek Forum ini,” katanya kepada siding penonton.

Forum ialah akronim yang bermaksud Pemaham dan Pemantauan Sinaran Keluar Inframerah Jauh.

Satelit hamper satu tan itu dijangka akan dilancarkan pada roket Vega pada tahun 2027.

Dr Helen Brindley dari Imperial College London menerangkan bagaimana Forum akan berfungsi sepenuhnya.

Bagaimana kesan rumah hijau akan berfungsi?

Suhu permukaan Bumi akan berada di bawah darjah sifar jika bukan kerana atmosferanya.

Sinaran gelombang pendek yang masuk dari Matahari diserap di permukaan dan dipancarkan semula pada gelombang dalamtempoh yang lebih panjang, dalam bentuk inframerah.

Jika tiada wap air, karbon dioksida atau gas rumah hija lain di udara, tenaga ini akan kembali terus ke angkasa lepas.

Tetapi, molekul-molekul gas ini memerangkap sinaran dan seterusnya akan menaikkan suhu planet. Lebih separuh daripada penyerapan itu berlaku dalambahagian inframerah yang jauh dalam bentuk spektrum cahaya.

Forum akan mengelilingi dunia, memetakan cahaya yang dipancarkan dengan menggunakan Spektrometer Tranformasi Fourier. Instrument ini akan dibekalkan oleh OHB-System, pengeluar Jerman di mana ibu pejabatnya di Bremen.

Analisa data Forum dijangka mampu meningkatan prestasi model iklim yang menerangkan cara system Bumi berfungsi. Selain itu, cara yang berkemungkinan bertindak balas apabila tahap kepekatan gas yang memerangkap haba di atmosfera meningkat, satu trend yang sedang bergelut untuk dikekang oleh kerajaan dunia.

“Kami tidak akan tahu tentang keadaan iklim kami tanpa adanya satelit,” kata Josef Aschbacher, ketua pengarah Esa.

“Satelit kami memancarkan lebih kurang 60-70% daripada semua data maklumat yang digunakan oleh saintis iklim dalam proses meramalkan sesuatu keadaan, apa yang akan terjadi, dan membuat Analisa dalam cara untuk memerangi sesuatu keadaan.”

Forum termasuk dalam misi Earth Explorer Esa. Ini adalah satelit eskperimen yang melakukan sains baru dalam bidang kepentingan alam sekitar. Forum akan menjadi yang ke sembilan dalam siri ini.

UK telah memainkan peranan yang penting dalam misi yang sebelum ini, di peringkat pembuatan dan ditahap  kaji selidik dan memerhati.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *