Rusia Membuka Semula Pasaran Bon Kepada Para Pelabur Tetapi Secara Terhad

Memetik laporan BBC.Com, Bursa Moscow akan dibuka semula sebahagiannya kepada pelabur asing mulai Isnin selepas penggantungan hampir enam bulan semasa perang Ukraine.

Ia mengatakan hanya pelabur dari “negara yang tidak bermusuhan” akan dibenarkan untuk beroperasi semula dalam aktiviti perdagangan yang tertangguh.

Langkah itu telah mengecualikan banyak pelabur terbesar Rusia yang telah mengenakan sekatan ke atas ekonominya.

Rusia telah menutup pasarannya pada Februari lalu untuk menyekat urusan mata wang negara itu semasa peperangan berlaku.

Dalam kenyataan media Rusia pada hari Jumaat yang lalu, bursa Moscow berkata ia akan membuka semula pasaran kepada “pelanggan bukan menetap di negara yang menyokong pihak lawan di dalam peperangan dan juga kepada penerima utamanya adalah entiti undang-undang Rusia atau individu.

China dan Turki merupakan dua buah negara yang diperkatakan mengenai entiti tersebut kerana kedua-dua buah negara ini tidak terlibat dalam peperangan Ukraine.

Tambahan pula, kebanyakan pihak bank, broker dan juga syarikat pengurusan pelaburan telah mendaftar pelanggan asing mereka ke dalam bursa itu.

Rusia telah menutup semua pasaran saham dan juga pasaran bon selepas beberapa jam presiden Vladimir Putin menghantar bantuan kepada Ukraine pada 24 Februari lalu.

Pada bulan Mac, ia membuka semula pasarannya secara berperingkat yang terhad kepada bon yang dikeluarkan oleh kerajaan Rusia.

Penyambungan semula dagangan pada hari Isnin mengecualikan pelabur dari negara “bermusuhan”, yang kekal dilarang daripada menjual sekuriti Rusia.

Negara-negara ini termasuk ahli Kesatuan Eropah, Kanada dan Jepun. Kumpulan itu menyumbang 90% daripada pelaburan ke Rusia tahun lepas.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan sekatan yang dikenakan oleh kerajaan Barat telah menjejaskan kegiatan ekonominya.

Negara itu percaya sejak tahun 1998, mereka tidak pernah gagal dalam melangsaikan segala hutang negara yang sedia ada, namun pada bulan Jun tahun ini, buat pertama kalinya mereka gagal untuk melangsaikan hutang mereka.

Walaupun masih mempunyai wang untuk membuat pembayaran sebanyak $100m (£82.5m), sekatan yang dilakukan masih menjadikan ianya mustahil untuk mendapatkan jumlah itu kepada pemiutang antarabangsa.

Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata sebuah bank perantara telah membekukan wang itu dan rizab itu disekat secara tidak sah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *