Buruh Mencadangkan Untuk Melanjutkan Cukai Ke Atas Firma Minyak Dan Gas

Berdasarkan TheStar.Com, London – Parti Buruh yang berada di United Kingdom telah mencadangkan untuk melanjutkan sistem cukai Britain ke atas syarikat minyak dan gas, dengan berkata hasil itu harus digunakan untuk membiayai bil tenaga sepanjang musim sejuk.

Cadangan awal yang dibagi oleh tenaga buruh untuk meneruskan sistem percukaian ini diikuti oleh Parti Konservatif yang mentadbir selepas berhadapan dengan tekanan berbulan-bulan lamanya. Selain itu, ada juga andaian yang berkata seharusnya levi ataupun jumlah wang yang harus dibayar kepada kerajaan itu harus dikira dari bulan Januari, di mana ianya mampu menaikkan tambahan £8 billion yang bersamaan dengan AS$9.6 billion atau RM43 billion dalam usaha untuk membantu membiayai pembekuan £1,971 atau sebanyak RM 10,634 had tahunan bagi bil se-isi tenaga rumah.

“Ini adalah kecemasan negara,” kata pemimpin Buruh Keir Starmer. “Pelan yang dibiayai sepenuhnya oleh Buruh akan menyelesaikan masalah dengan segera dan untuk masa depan.”

Amaran bahawa berjuta-juta rakyat Britain yang berpendapatan rendah menghadapi kesusahan dalam menjalani kehidupan kerana kenaikan harga kuasa yang kini mendominasi dalam perbualan nasional.

Dan dengan inflasi yang berleluasa, kadar faedah meningkat dan aktiviti pemberontakan yang berleluasa juga telah menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti, Britain kini dalam satu tempoh yang kini menghadapi apa yang boleh digelarkan sebagai “summer of discontent.”

Perebutan kepimpinan antara Truss dan Sunak untuk menggantikan Boris Johnson telah menimbulkan kelumpuhan di antara ruang tengah kerajaan, walaupun telah diramalkan bahawa ekonomi yang sekarang ini kian menuju ke arah kemelesetan ekonomi.

Namun, Johnson akan kekal ditempatnya sehingga calon pengganti telah dinamakan tetapi pentadbirannya tidak akan membuat sebarang keputusan fiskal yang besar buat masa ini.

Pihak tenaga buruh mengeluarkan anggaran dalam pembekuan had harga tenaga akan membelanjakan sebanyak £29 billion atau sebanyak RM157 billion dengan tambahan sebanyak £8 billion atau RM43.2 billion daripada firma-firma pengeluaran gas dan minyak. Terdapat £14 billion atau RM76 billion daripada pembiayaan kerajaan yang telah dicagarkan dan £7 billion atau RM38 billion daripada mengurangkan pembayaran faedah hutang kerajaan ke atas bon yang berkaitan dengan masalah inflasi.

Dalam pemerintahan Johnson, beliau telah memperkenalkan cukai awal sebanyak 25% ke atas keuntungan setiap firma minyak dan gas pada bulan Mei selepas pihak Tenaga Buruh meminta dasar itu pada Januari yang lalu yang memberi kesan kepada syarikat-syarikat ini seperti Shell Plc dan BP Plc. United Kingdom masih dalam pertimbangan sama ada akan turut serta untuk mengenakan cukai ke atas keuntungan penjana elektrik.

Truss yang merupakan calon utama dalam pemilihan Perdana Menteri Britain yang seterusnya, berkata beliau menentang pengenalan cukai yang baharu ini, manakala Sunak yang merupakan calon berikutnya pula berkata idea yang diusulkan itu ada mempunyai sudut positifnya tersendiri dan beliau terbuka dengan penerimaan idea tersebut.

Kerajaan juga sedang merangka beberapa pilihan dalam bagaimana untuk mengurangkan bayaran sepanjang musim sejuk, sedia untuk dipilih oleh perdana menteri baharu apabila mereka mengambil jawatan pada 6 September.

The Sunday Times melaporkan satu cadangan Perbendaharaan adalah program pinjaman untuk pembekal yang akan mengurangkan bil isi rumah sebanyak £400 (RM2,160) pada musim sejuk ini. Akhbar itu berkata Scottish Power Ltd dan E.ON SE, dua daripada pembekal tenaga terbesar negara, mencadangkan pinjaman yang disokong kerajaan untuk mengekalkan harga dihadkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *