Pembelian Dana Luar Di Bursa Naik Kepada RM224.6 Juta Bersih

Menurut petikan TheStar.Com, di Kuala Lumpur walaupun mengalami kehilangan para pelabur terhadap ekuiti lobal sejak minggu lalu, Bursa Malaysia seperti tidak begitu terkesan dengan kehilangan para pelabur kerana masih mampu menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak RM244.6 juta oleh pelabur asing.

 Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia boleh dikatakan pada tahap yang memberangsangkan pada minggu lalu berikutan kepada peristiwa simposium Jackson Hole, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan perkembangannya yang telah menyebabkan para pelabur tergesa-gesa mencari ruang perlindungan.

Bagaimanapun, belian bersih masih dilihat dalam nisbah empat daripadalina hari dagangan di pasaran domestic, dengan catatan yang dilakukan pada hari Rabu yang mencatatkan sebanyak RM90.5 juta aliran keluar bersih.

Sementara itu, instituisi tempatan di Bursa Malaysia kekal sebagai negara penjual bersih untuk minggu ke-tujuh berturut-turut yang memegang sebanyak RM286.2 juta.

Bagaimanapun, peruncit tempatan meneruskan pembelian mereka untuk minggu ketiga berturut-turut dengan RM41.7 billion dana bersih yang dibeli.

“Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk bersih oleh pelabur asing ialah Perkhidmatan Kewangan, Telekomunikasi dan Utiliti masing-masing pada RM333.7 juta, RM49.5 juta dan RM39.9 juta.

“Sementara itu, tiga sektor teratas dengan aliran keluar bersih ialah Teknologi pada RM87.8 juta, Penjagaan Kesihatan pada RM73.1 juta dan Produk dan Perkhidmatan Perindustrian pada RM25.3 juta,” kata Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) Research dalam laporan aliran dana mingguannya.

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) secara keseluruhan, diketuai oleh penurunan sebanyak 8.9% dalam kalangan institusi tempatan, 2.97% dalam kalangan peruncit dan 0.9% dalam kalangan pelabur asing.

Secara keseluruhan di pasaran Asia yang lebih luas, belian bersih terhenti selepas lima minggu berturut-turut, disebabkan terutamanya oleh pasaran Taiwan dan Filipina jatuh ke dalam zon merah.

Sepanjang tujuh bursa yang dijejaki oleh MIDF, pasaran Asia mencatatkan jualan bersih yang tinggi sebanyak AS$60.4 juta bersih.

“Pengeluaran dana asing dilihat di Taiwan, dengan aliran keluar bersih AS$1.35 bilion, hampir dua kali ganda aliran keluar AS$791.8 juta yang dilihat pada minggu sebelumnya,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *