Dengan adanya perdebatan mengenai Perlembagaan bersangkut kuasa Raja dan kuasa eksekutif banyak maklumat dan data dapat dikumpul dan dianalisis. Ini menggariskan sempadan atau skop analisis saya.
Analisis awal saya menunjukkan trend orang Melayu berfikir dan membuat keputusan bersandarkan sentimen. Orang Melayu majoritinya kekal SENTIMENTALIS. Mereka sanggup menolak fakta dan logik apabila fakta dan logik itu tidak sekufu dengan sentimen mereka. Kaedah berfikir sains diketepikan termasuk oleh pekerja dalam bidang sains. Jika mereka kurang tahu, pilihan tokoh rujukan juga mengikut selera sentimen.
Apakah akibatnya? Banyak sekali. Pemikiran taksub berakar umbi. Sesiapa sahaja yang berbeza dengan tokoh atau kepercayaan yang mereka taksub dengannya akan dianggap musuh dan diserang menggunakan psikologi AMOK. Mereka tidak percaya dengan kaedah serangan yang civilized sebaliknya perang mereka ada BARBARIK macam zaman Viking. Rasional itu saintifik tetapi tidak diperlukan dan tidak boleh bertahan.
Apakah kesannya kepada kepimpinan? Dengan trend ini juga saya jangka 50 tahun lagi pun Malaysia tetap akan berperdanamenterikan orang berumur di atas 60 tahun hingga 90 tahun. Umur 50 tahun janggut dah beruban pun masih dianggap budak. Lima puluh tahun ke depan pun tidak akan ada PM Malaysia berumur di bawah 40 tahun.
Mereka tidak percaya dengan kaedah serangan yang civilized sebaliknya perang mereka ada BARBARIK macam zaman Viking. Rasional itu saintifik tetapi tidak diperlukan dan tidak boleh bertahan.
Pemikir pemikirnya pun semua SENTIMENTALIS. Ya ada anak muda dilibatkan. Tapi semua kosmetik. Jika pemikir tua dihujah mereka boleh berkata ‘ you shut up, I m not going to waste my time listening to your rubbish’. Maka matilah idea raw itu.Kenapa? Kerana anak muda sekarang juga sudah berkelompok dalam kotak kotak SENTIMENTALIS. Mereka hanya menjadi apparatus kepada sentimen GOLONGAN TUA. Aliran SENTIMENTALIS memang dikuasai orang tua yang sangat romantik dengan cerita lama dan anak muda tergoda dengan lagu lagu lullaby yang lembut sehingga mereka tidak sedar telah tertidur tatkala SENTIMENTALIS masih menyanyi.
Mungkin ada anak muda yang kelihatan berani berpidato berapi, atau menulis dengan kata kata setajam pedang atau keluar ke jalan raya. Tapi mereka hanya berada dalam kotak kotak SENTIMENTALIS WARLORD mereka masing masing. Mereka tidak berfikir sendiri secara bertaburan kerana mungkin bersendirian itu sangat menakutkan. Bersendirian itu gelap dan sepi. Social genetic atau baka sosial mereka ialah SENTIMENTALIS.
– Tan Sri Dato’ Wira Dr. Nordin Kardi