Helmy Husaini

Amerika Syarikat Biayai Taliban

TALIBAN kembali menjadi sohor kini (trending) di seluruh dunia setelah kembali menawan Kabul, ibu negara Afghanistan beberapa hari lalu. Ini berlaku berikutan arahan Presiden Joe Biden yang menarik balik semua tentera Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas 20 tahun ‘berkampung’ di Afghanistan. Siapa Taliban? Benarkah sejak dulu lagi merupakan musuh nombor …

Amerika Syarikat Biayai Taliban Read More »

Berjuang Lawan Pandemik Suntik Patriotisme

SEPANJANG Ogos yang diisytiharkan Bulan Kemerdekaan, menjadi kebiasaan untuk pelbagai aktiviti diadakan bagi menyuntik semangat patriotisme dan cintakan negara. Rakyat digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atau di premis perniagaan, manakala program berkaitan kemerdekaan seperti banyak dianjurkan. Kemuncaknya, aktiviti amat sinonim, iaitu perarakan Hari Kebangsaan yang diadakan pada 31 Ogos setiap tahun. Namun sejak tahun …

Berjuang Lawan Pandemik Suntik Patriotisme Read More »

Kepala @ Otak

SESEORANG yang berkuasa sanggup menanggung apa pun. Adakah batas yang tuntas dan tegas, soal apa yang mampu ditanggung oleh lelaki itu? Sebagai seorang yang berpengaruh, dia dikatakan sanggup menanggung keperluan penduduk di kampung itu. Lelaki itu berdiri penuh karismatik atas jasanya – begitulah pendapat penduduk kampung tersebut yang rata-ratanya berusia lebih 50-an dengan rambut yang …

Kepala @ Otak Read More »

Tidak Konfrontatif: Ismail Sabri Diyakini Damaikan Semua Pihak

DENGAN sempurnanya lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berlangsung pada jam 2.30 petang tadi di lstana Negara maka berakhirlah sudah satu episod yang mendebarkan dalam dunia politik negara. Sesungguhnya kebanyakan rakyat Malaysia merasa lega dan beruntung kerana …

Tidak Konfrontatif: Ismail Sabri Diyakini Damaikan Semua Pihak Read More »

Imuniti Kelompok: Lupakan Sukarela, Masanya Untuk “Paksa Rela”

Herd Immunity, atau imuniti kelompok ialah keadaan penularan jangkitan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit itu. Imuniti atau daya tahan itu diperoleh hasil imunisasi. Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap #COVID19 bagi membolehkan ‘imuniti kelompok’ dapat …

Imuniti Kelompok: Lupakan Sukarela, Masanya Untuk “Paksa Rela” Read More »

Pilihan Anda: Pfizer? Astrazeneca? Sinovac?

Nak ambil vaksin mana satu? Vaksin mana paling baik? Pfizer? Astrazeneca? Sinovac? Ini soalan cepu emas apabila bercakap mengenai vaksin COVID-19. Namun, beberapa perkara perlu difahami untuk mengelak timbul polemik sebegini. Vaksin COVID-19 adalah satu usaha biologi untuk melawan kesan jangkitan virus SARS-CoV-2, penyebab wabak COVID-19. Ia tidak dapat menghalang jangkitan virus masuk ke dalam …

Pilihan Anda: Pfizer? Astrazeneca? Sinovac? Read More »

Politik Matang Menerusi Pendekatan Bipartisan

Istilah bipartisan tiba-tiba menjadi ‘mantera’ apabila Perdana Menteri menyebutnya sebagai pendekatan menangani kemelut politik Malaysia yang semakin getir dalam situasi pandemik yang memuncak. Bipartisan adalah keadaan di mana parti politik yang kebiasaannya bertelagah, bersetuju untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat dan negara. Pendekatan ini dalam sejarah demokrasi menjadi pilihan apabila sesebuah kerajaan dwiparti menghadapi krisis besar …

Politik Matang Menerusi Pendekatan Bipartisan Read More »

Strategi Bipartisan: Antara Kompromi dan Fleksibiliti Parti

Usul ‘bipartisan’ dan rentas parti yang dicadangkan Perdana Menteri menjadi serapah konvensional secara tiba-tiba, dalam usaha untuk memperbetulkan kedudukan kerajaan dalam persepsi politik. Senario kali ini sangat berbeza dan belum pernah berlaku. Ia bukan persediaan untuk menghadapi pilihan raya, sebaliknya cuma cadangan untuk membentuk kerjasama antara kerajaan dan pembangkang dalam usaha mengurangkan tekanan kepada kerajaan …

Strategi Bipartisan: Antara Kompromi dan Fleksibiliti Parti Read More »

Bangunkan Semula Pendidikan, Elak Sistem ‘Pukul Rata’

Pandemik COVID-19 memberi kesan besar kepada sistem pendidikan Malaysia, dengan sekolah ditutup bagi tempoh yang panjang. Menurut laman pemantauan UNESCO, Malaysia dalam kalangan negara paling lama menutup sekolah. Walaupun secara rasminya pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tetap berjalan, keberkesanannya sangat minimum. Di samping masalah ketiadaan gajet dan talian internet, ramai murid tidak mempunyai suasana …

Bangunkan Semula Pendidikan, Elak Sistem ‘Pukul Rata’ Read More »

Apa Itu ‘Confidence Supply Agreement’ (CSA)?

Kemelut politik yang berlaku ketika ini amat mendukacitakan rakyat sehingga ada analisis dan dakwaan yang dibuat bahawa Belanjawan 2021 berhadapan dengan risiko tinggi untuk ditolak ahli parlimen sebagai ‘mesej’ undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Untuk mengatasi risiko ini, rakyat dan pemimpin masyarakat mencadangkan Perdana Menteri dan pihak pembangkang membuat Confidence …

Apa Itu ‘Confidence Supply Agreement’ (CSA)? Read More »