AIM Lanjut Tempoh Moratorium Hingga 31 Ogos

KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memutuskan untuk melanjutkan lagi tempoh pembayaran balik pinjaman (Moratorium) secara automatik kepada semua peminjam bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2021.

Dengan penangguhan ini, AIM telah memberi moratorium selama 12 minggu atau tiga bulan bermula dari tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuatkuasa secara penuh sejak 1 Jun 2021.

Keputusan ini telah memberi manfaat kepada seramai 378,507 Sahabat AIM di seluruh negara, melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM577.3 juta, iaitu RM192.4 juta sebulan.

Walau bagaimanapun, peminjam yang ingin terus membuat pembayaran balik pinjaman, masih boleh berbuat demikian dengan membuat pembayaran tanpa tunai melalui Sistem Kutipan Mikro Kredit Tanpa Tunai AIMĀ atau perbankan atas talian.

Pada masa yang sama, AIM akan menutup operasi di semua cawangan di seluruh Malaysia bagi tempoh yang sama. Manakala Pejabat Wilayah dan Ibu Pejabat akan kekal beroperasi mengikut peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *