United Kingdom Menetapkan Untuk Mempunyai Lebuh Raya Dron Automatik Yang Terbesar Di Dunia

Memetik petikan dari BBC.Com, United Kingdom akan menjadi salah satu negara yang terbesar dalam penggunaan dron dalam tempoh dua tahun akan datang.

Dron akan digunakan pada projek Skyway sepanjang 164 batu yang menghubungkan bandar-bandar, termasuklah Cambridge dan Rugby.

Ia adalah sebahagian daripada pakej pembaiayaan sebanyak £273m untuk sektor aeroangkasa yang diberitahu oleh Setiausaha Perniagaan Kwasi Kwarteng pada Isnin yang lepas.

Ada juga beberapa projek lain yang menggunakan dron seperti, dron yang menghantar surat ke Isles of Scilly dan ubat-ubatan di seluruh Scotland.

Encik Kwarteng akan mengumumkan berita itu di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough yang dimana pertunjukan pertama yang diadakan sejak 2019.

Beliau berkata pembiayaan itu akan “membantu sektor itu merebut peluang yang besar ini untuk kemajuan dunia yang beralih kepada bentuk penerbangan yang lebih bersih.”

Potensi

Dave Pankhurst, pengarah dron di BT, memberitahu BBC bahawa Skyway adalah mengenai meningkatkan percubaan yang telah berlaku di seluruh UK.

BT merupakan salah satu rakan kongsi yang terlibat dalam Kerjasama projek ini.

“Keupayaan dron ini telah wujud sejak sekian lama, tetapi masih di peringkat awal untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat dan menjadi aplikasi yang boleh digunakan,” katanya.

“Jadi bagi kami, langkah ini merupakan langkah yang penting. Di mana, ianya akan membuka begitu banyak peluang.”

Skynet menyasarkan untuk menghubungkan ruang udara di atas Reading, Oxford, Milton, Keynes, Cambridge, Coventry dan Rugby menjelang pertengahan 2024 dan akan menerima lebih daripada £12m.

Sejumlah £105.5m pembiayaan kerajaan akan dikhususkan untuk projek yang berkaitan dengan “sistem penerbangan bersepadu dan teknologi kenderaan baharu” termasuklah kenderaan udara yang menggunakan sistem automatik, tanpa pemandu (UAVs) seperti dron.

Projek-projek ini termasuk rancangan untuk menggunakan dron untuk menyediakan penghantaran surat dan ubatan secara berterusan ke Isles of Scilly dan untuk mengedarkan ubat-ubatan ke seluruh Scotland yang berpotensi untuk merawat beberapa pesakit kanser di tempat komuniti mereka.

Chris Forster, ketua pegawai operasi syarikat teknologi pernerbangan Altitude Angel, berkata terdapat banyak potensi untuk lebuh raya itu.

“Sama ada perniagaan yang menjalankan logistik, sehingga ke polis dan penghantaran vaksin dan sampel darah yang mempunyai permintaan untuk mempunyai akses ke ruang udara ini,” katanya.

“Kami telah menjalankan beberapa projek di Afrika di mana infrastruktur jalan raya tidak dalam kondisi yang baik untuk kenderaan darat dan penghantaran vaksin dilaksanakan melalui penggunaan dron automatik.”

 

Keselamatan dan Penerimaan

Teknologi ini menggunakan penderia berasaskan tanah yang dipasang di sepanjang lebuh raya yang memberikan paparan masa nyata di mana dron berada di ruang udara.

Data ini kemudiannya dianalisis oleh sistem pengurusan trafik yang dimana sejenis kawalan trafik udara untuk dron yang membantu mereka di sepanjang laluan mereka dan dapat mengelakkan perlanggaran.

Steve Wright, professor bersekutu dalam kejuruteraan aeroangkasa di UWE Bristol, berkata kebimbangan terbesar mengenai penggunaan dron adalah sewaktu berlepas atau mendarat dan bukanlah semasa dron berada di udara.

“Ia mengenai bahagian pertama dan terakhir penerbangan itu,” katanya. Masalahny ialah apa yang berlaku apabila berada di ketinggian 10 kaki dari orang ramai. Itulah yang membimbangkan bagi saya.

Apabila ia berada di udara, saya tahu ianya stabil dan tidak akan terjadinya sebarang pelanggaran.

“Orang ramai melihat pada proses menurunkan pakej ke bawah dari udara. Dalam kata lain, dron dijauhkan daripada orang ramai. Terdapat ramai golongan yang bijak yang bekerja dalam sektor penerbangan yang mengelak daripada kawasasn pembangunan.

Encik Pankhurst berkata projek itu bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) untuk memastikan keselamatan.

“Cara mereka bekerja sebagai sebuah organisasi adalah sangat berasaskan bukti,” katanya. “Keselamatan memang faktor utama dalam industri ini, tetapi yang pentingnya, tiada sebarang kejadian yang berlaku sewaktu diperhati oleh pengawai penyelia.

“CAA adalah sebahagian daripada semua projek penerbangan masa hadapan ini. Ia adalah sebahagian daripada semua aktiviti ini, mengesahkan kemajuan dan memastikan ia selamat.”

Beliau berkata penyelidikannya menunjukkan bahawa orang ramai lebih cenderung menerima dron jika mereka tahu ia menyediakan perkhidmatan penting.

Simon Jude, pensyarah kanan di Universiti Cranfield, berkata: “Pengetahuan dan sikap orang ramai mungkin berubah jika mereka tahu untuk tujuan apa UAV itu digunakan. Jika ia adalah sokongan perubatan kecemasan, anda mungkin akan lebih menerima banyak cadangan atau komen dari orang ramai.”

“Jadi apa yang berlaku jika terdapat banyaknya UAV, atau penggunaan pertanian di mana n mendapat beberapa dron mengumpul dan menyimpan data sekaligus?

“Saya tinggal di lokasi luar bandar, lokasi yang sangat sunyi dan ia mungkin mengganggu saya lebih daripada jika anda berada di bandar atau landskap bandar yang terdapat banyak bunyi yang lain.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *