Berdasarkan, Business-standard.Com, setelah terkesan terhadap peperangan yang berlaku di negara jiran Ukraine, mata wang Eropah timur akan menerima satulagi tamparan hebat daripada kemelesetan mata wang Euro yang tengah melanda.
Jika dilihat, para pedagang yang masih lagi menggunakan nilai mata wang “Hungarian Forint”, “Polish Zloty” dan juga “Czech Koruna” masih lagi dalam kedudukan yang bawah di mana ianya bermaksud nilai mata wang tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan nilai mata wang negara yang kini sedang membangun kecuali nilai mata wang “Russia’s Ruble” dang juga “Turkish Lira”. Penilaian yang dilakukan ini, menurut data yang telah dikumpulkan dan dianalisa oleh Bloomberg. Goldman Sachs Group Inc., Fidelity International dan juga InTouch Capital Markets telah menjangkakan Eropah Timur akan mengalami kemerosotan dalam nilai mata wang lagi sekiranya pasaran di Eropah kian lemah.
Ketiga-tiga nilai mata wang yang dinyatakan itu dilihat sangat terdedah dengan permintaan yang bergolak daripada 19 kawasan mata wang tunggal negara, yang membeli dengan kiraan anggaran 60% daripada eskport setiap negara. Sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada bulan Februari lalu, aktiviti perdagangan juga telah meningkat terhadap perdagangan di Euro.
“Kami amat berhati-hati dengan turun naik nilaimata wang Eropah Timur,” kata Paul Greer, pengurus wang di Fidelity International di London yang menjangkakan penurunan lagi dalamnilai mata wang “Zloty” dan “Koruna” berbanding dengan nilai mata wang dollar. “Jika dilihat dalam kedudukan mata wang, kedudukan dua mata wang ini berada di kawasan yang paling terdedah dalam pasaran baru muncul,” katanya,
Walaupun Tabung Kewangan Antarabangsa memberi amaran pada bulan Julai yang lalu bahawa ekonomi dunia mungkin akan berada pada tahap yang kemuncak untuk kemelesetan yang kini berlaku, prospek rantau Euro kelihatan sangat membimbangkan. Inflasi yang kian memecah rekod dan berkemungkinan besar di mana pemotongan tenaga Rusia akan mengancam dan menjatuhkan lagi nilai mata wang tunggal itu.
Mata wang Eropah Timur mungkin akan berhadapan dengan kemerosotan terbesar dalam pasaran baru muncul jika nilai mata wang Euro di bawah pariti dollar untuk satu tempoh yang berterusan, memandangkan pendedahan mereka kepada permintaan “euro-bloc” dan gangguan bekalas gas, kata pakar strategi Goldman Sachs. Pada akhir bulan Julai, bank-bank Amerika Syarikat mengurangkan sasaran euro tiga bulannya kepada $0.99 daripada $1.05.
“Eropah jauh lebih terdedah pada tahap ini, menjadi munasabah untuk membuat andaian bahawa mata wang timur mempunyai prestasi yang rendah, terutamanya jika dollar euro jatuh,” kata Piotr Matys, penganalisis mata wang di InTouch Capital Markets.
Penurunan Dua Angka Dalam Mata Wang
Mata wang rantau ini adalah nilai mata wang yang paling terjeas akibat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak Februari yang lalu. Sejak bermulanya peperangan nilai mata wang “Forint” turun sebanyak 17% berbanding dollar dan 8.2% kepada euro. “Zloty” telah kehilangan sebanyak 12% berbanding mata wang AS dalam tempoh yang sama, manakala “Koruna” merosot 9.5%.
Sambungan mata wang yang semakin meningkat kepada euro menggariskan potensi untuk kesan selanjutnya daripada sebarang kelemahan mata wang biasa. Apabila dibandingkan dengan dolar, ketiga-tiganya mempunyai trend yang menunjukkan ketidaksamaan dengan euro sekitar tolak 0.8, di mana tolak 1 akan menunjukkan mereka akan bergerak mengikut langkah terkunci dengan euro.
Buat masa ini, tindakan kawalan yang rapi oleh agensi monetari yang pesat di Hungary telah membantu menstabilkan “Forint” selepas ia menjunam ke paras terendah berbanding euro pada Julai. Hakikat bahawa kerajaan Perdana Menteri Viktor Orban masih belum memperoleh akses kepada dana pemulihan pandemik Kesatuan Eropah juga mempengaruhi mata wang.
Di Poland, pihak berkuasa telah membuat lebih banyak kemajuan dalam perbincangan dengan eksekutif EU untuk mengakses dana pemulihan. Sementara itu, bank pusat negara itu menghampiri penghujung kitaran pengetatan monetarinya, yang menjadikan kadar utamanya kepada 6.5% berbanding 10.75% di Hungary.
“Czech Koruna” adalah yang paling stabil, sebahagian besarnya disebabkan oleh campur tangan mata wang bank pusat. Pihak berkuasa monetari mengekalkan kadar faedah utamanya tidak berubah pada 7% minggu lepas, sekali gus menepati rancangan Gabenor Ales Michl baharu untuk menghentikan pengetatan monetari yang agresif. Itu akan memberi masa kepada pembuat dasar untuk menilai perkembangan ekonomi dan kesan tahap kos pinjaman semasa, tulisnya dalam ruangan akhbar mingguannya.
Tinjauan bagi rantau ini adalah bercampur-campur, kata Oliver Harvey, yang mengetuai penyelidikan mata wang untuk Eropah tengah dan timur, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin di Deutsche Bank AG. Kebimbangan mengenai ekonomi Hungary telah meningkat manakala “Koruna” mungkin akan mula mengekori rakan serantaunya apabila Republik Czech kehilangan daya saingnya dan kadar campur tangan semakin berkurangan, katanya.
Tetapi penurunan euro di bawah pariti boleh menutup nasib tiga mata wang itu.
“Jika langkah di bawah pariti dipacu oleh faktor khusus euro iaitu kemerosotan lagi dalam konflik Rusia dan Ukraine dan memberi impak ke dalam ekonomi zon euro Central European Three, CE3, (Zloty, Forint, Koruna) akan tergolong berprestasi rendah,” kata Harvey.