IEA Menyatakan Pasaran Minyak Mengalami Kegawatan Berpunca Dari Sektor Ekonomi Dan Bekalan Yang Berisiko

Memetik petikan Channelnewsasia.com, Pasaran minyak global boleh diperkatakan mengalami keadaan yang sukar kerana sumber yang terhad dan berkemungkinan mengalami kemelesetan, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengeluarkan kenyataan media pada Rabu 13 Julai, dengan kenaikan harga barangan dan juga keadaan ekonomi yang semakin tidak stabil memberi impak kepada permintaan.

“Ketidakstabilan prospek pasaran minyak adalah jarang sekali berlaku. Tinjauan makroekonomi yang semakin teruk dan kebimbangan terhadap kemelesetan membebankan sentiment pasaran, sementara terdapat juga rissiko berterusan di bahagian bekalan,” kata agensi       di Paris.

“Sementara waktu, permintaan minyak yang berkurangan daripada jangkaan dalam prospek ekonomi maju dan fleksibiliti daripada bekalan Rusia” telah mengurangkan kesesakan pasaran, ini berdasarkan laporan minyak bulanan yang dikeluarkan oleh IEA.

Namun, prospek permintaannya untuk 2022 sebanyak 200,000 tong sehari (bpd) dan ditetapkan untuk kenaikan tahunan sebanyak 1.7 juta bpd dan 2.1 juta bpd pada 2023, apabila ia akan mencapai 101.3 juta bpd diterajui oleh pertumbuhan di negara yang giat membangun.

Pengeluar OPEC Arab Saudi dan UAE akan mempunyai keupayaan terhad untuk mengepam lebih banyak minyak, IEA memberi amaran, dengan gabungan kapasiti pengeluaran ganti mereka ditetapkan jatuh kepada 2.2 juta tong sehari pada Ogos.

Sementara itu, walaupun eksport minyak Rusia mencecah paras terendah sejak Ogos lalu, IEA berkata hasil eksport Rusia meningkat sebanyak AS$700 juta bulan ke bulan berikutan harga minyak yang lebih tinggi.

Keuntungan itu menyokong operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, situasi yang dipanggil IEA “tidak boleh dipertahankan”.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *