Ekonomi Di Singapura Tidak Berada Di Paras Yang Berisiko

Memetik laporan The Star.Com, Lonjakan kenaikan kadar inflasi yang tinggi amat membimbangkan kerana ianya memberi kesan kepada potensi pertumbuhan ekonomi negara.

Penggubal dasar di Singapura telah merumuskan bahawa kegiatan ekonomi di Singapura beroperasi melebihi dari tahap potensinya. Dari segi kata lain, ekonomi di Singapura berkembang pada kadar yang tidak memberangsangkan, di mana ianya boleh mencetuskan inflasi yang berterusan di negara itu.

Jika dilihat dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK) memang telah berkembang pada kadar di atas trend sejak dari kemelesetan 2020 dan inflasi telah berada pada tahap yang tertinggi lebih dari satu dekad baru-baru ini dalam beberapa bulan ini.

Tetapi realitinya sedikit lebih meragukan. Data sejarah telah menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK atau inflasi tidak hampir sama dengan paras yang akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi.

Selena Ling, ketua ekonomi di Oversea-Chinese Banking Corp, berkata: “Kadar inflasi memang semakin menaik tetapi dalam kadar pertumbuhan yang perlahan. Ini bermakna stagflasi adalah risiko yang lebih tepat dalam masalah ekonomi di Singapura.”

Stagflasi bukan sahaja melibatkan inflasi yang tinggi dan pertumbuhan yang rendah tetapi juga pengangguran yang tinggi dan permintaan yang tidak stabil yang dimana tidak berlaku buat masa sekarang tambahannya lagi.

Pakar ekonomi kanan Bank DBS Irvin Seah berkata: “Inflasi memang merupakan satu masalah tetapi adakah kita berada di tahap yang membimbangkan? Jawapan beliau adalah tidak.”

KDNK yang berpotensi ialah anggaran nilai output yang akan dihasilkan oleh oleh ekonomi dengan penggunaan modal dan sumber tenaga kerja yang ada dengan cekap. Pada potensi, ekonomi sepatutnya menjana pertumbuhan yang stabil dan inflasi yang stabil.

Anggaran potensi KDNK bergerak seiring dengan perubahan dalam aliran pelaburan baharu dan juga saiz tenaga buruh, yang terkesan akibat peninggalan sebilangan besar pekerja asing di tengah-tengah kegawatan ekonomi yang disebabkan penularan Covid-19.

Potensi KDNK boleh dimampatkan daripada anggaran sebelum penularan wabak tersebut kerana sektor seperti perkhidmatan, perjalanan dan pembinaan telah menghentikan operasi meraka kerana wabak yang melanda.

Menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS), jurang keluaran – perbezaan antara keluaran sebenar dan keluaran berpotansi ditutup dalam tempoh yang lama pada akhir 2021 apabila sekatan pada aktiviti perhimpunan, aktiviti sosial, percutian dan kegiatan pembinaan masih boleh berjalan seperti biasa.

Itu membuktikan bahawa hanya sektor eksport seperti pembuatan dan pemborongan yang membantu dalam mendorong keluaran pada tahap yang berpotensi.

Seah berkata: “Jika berlakunya masalah ekonomi, ia hanya berlaku di beberapa bahagian ekonomi, seperti pembuatan. Manakala, sektor perkhidmatan baru sahaja mula untuk berkembang.”

MAS masih tidak mengambil sebarang peluang dan sejak Oktober 2021 dasar monetary telah digubal dan diketatkan sebanyak tiga kali, ini untuk mendorong mata wang Singapura dalam menaikkan kadar perdagangan untuk melitupi sebahagian daripada harga import yang dimana dikenal pasti sebagai sumber utama inflasi di Singapura.

Apabila sebahagian besar sekatan pandemik ini dilonggarkan pada suku kedua, keadaan tidak mengejutkan lagi bahawa “ekonomi beroperasi di atas potensinya” seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong pada 4 Julai.

Walaupun anggaran kerajaan mengenai potensi KDNK tidak pernah didedahkan kepada umum, kebanyakan penganalisis percaya output adalah sekitar 1% melebihi daripada potensinya, dan di bawah 4% keluaran jurang positif pada tahun 2010 apabila ekonomi pulih daripada krisis kewangan global pada tahun 2008.

Pada tahun yang sama, 2010, KDNK Singapura telah melonjak menaik dengan kadar tahunan sebanyak 14.5%.

Kementerian Perdagangan dan Industri mengatakan bahawa ekonomi mungkin akan berkembang dalam separuh yang lebih rendah daripada julat ramalan 3% hingga 5% untuk 2022.

Ini bermakna Singapura akan mencapai kurang  separuh daripada pergembangan 7.6% yang direkodkan pada tahun sebelumnya, di mana ia merupakan pada paras tertinggi 11 tahun dan juga melebihi purata lima tahun kira-kira 3% sebeleum kemelesetan 2020.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *