29,000 Peluang Pekerjaan Baru Di Kincir Angin Atas Laut – Crown Estate

Memetik laporan BBC.Com, perniagaan hartanah yang dijalankan secara solo di atas kawasan harta pusaka raja yang dimiliki secara monarki ini mampu membuka sebanyak 29,000 peluang perkerjaan termasuklah 10,000 di Wales.

Kawasan yang bakal dipajakkan ini mampu menjana bekalan tenaga elektrik kepada empat juta kawasan perumahan penduduk.

Tetapi, firma-firma yang terlibat dalam pembidaan kontrak ini telah menggesa pihak berkuasa pelesanan supaya tiada lagi penangguhan.

Seperti yang dikatakan oleh CROWN ESTATE Nicola Clay, ini merupakan satu langkah yang besar di Wales dan UK dimana langkah ini mampu membuka sektor pekerja baharu.

“Projek ini pasti akan terjadi, kepentingan akan meningkat”

Sehingga kini majoriti kincir angin luar pesisiran di UK yang telah dibina di dasar laut mempunyai beberapa asas tetap.

Projek kincir angin ini boleh ditanam dalam laut dalam berbanding dengan konvensional kincir angin yang berada di persisiran pantai, dimana kelajuan angin yang lebih tinggi seperti di kawasan luar pantai di Pembrokeshire.

Turbin angin diapungkan pada struktur keluli yang besar dan ditambat atau dilabuhkan ke dasar laut.

The Crown Estate tender akan diisukan pada musim panas 2023 dan berdasarkan kepada badan perindustrian Offshore Renewable Energy Catapult, perniagaan ini berpotensi menyumbang sebanyak £43.6bn ke dalam sektor ekonomi di UK pada 2050.

Kedudukan kawasan dasar laut yang dilesenkan oleh Crown Estate terletak dalam lingkungan 40 batu daripada selatan Wales juga mampu membuka peluang yang baharu untuk Kawasan Wales.

Daripada anggaran 29,000 pekerjaan yang dicipta, kira-kira 10,000 akan berada di Wales, membina dan menjalankan tapak tersebut.

Kawasan seperti Port Talbot dan sebahagian Pembrokeshire akan berkembang sebagai pusat pelabuhan dalam, tapak kosong dan juga pusat kemahiran yang diperlukan dalam industri kincir angin ini.

Kawasan tanah yang lapang, pusat pelabuhan dalam, sambungan yang baik dengan grid elektrik, sejumlah besar keluli serta kemahiran pembuatan dan pembinaan dalam bidang logam amatlah diperlukan.

Kincir angin yang terapung ini akan dibina dan dipasangkan pada keluli yang besar yang berada pada persisiran Pelabuhan di Pembroke dimana ia akan ditarik ke laut.

Syarikat Ledwood Engineering yang berada di Pembroke Dock merupakan salah satu syarikat tempatan yang mempunyai pengalaman yang bertahun dalam industri minyak berharap agar mereka mampu bekerjasama dalam pembinaan kincir angin ini.

Memandangkan kilang penapisan tempatan telah tutup, syarikat dan anak-anak syarikat terpaksa mencari peluang pekerjaan yang baharu. Baru-baru ini, syarikat ini telah memenangi kontrak yang besar dalam pembinaan pusat janakuasa yang baru yang terletak di Hinkley Point.

Sebagai seorang pengimpal Ryan Gwyther, yang bekerja di Newcastle, Belfast dan lain- lain berharap agar dia mampu bekerja pada kawasan pembinaan untuk membina struktur kincir angin terapung ini.

Bak kata Ryan Gwyther, “Ini adalah bidang pekerjaan saya, kimpalan dan kerja paip. Sekiranya tiada kerja di sini saya terpaksa berpindah ke tempat lain”.

George James juga merupakan seorang pengimpal dan seperti yang dinyatakan oleh beliau masih ada beberapa pilihan yang lain di Pembrokeshire. “Ia merupakan kepentingan perdagangan ini melainkan untuk memilih perpaipan domestik,” seperti yang dinyatakan oleh beliau.

Sebagai Pengarah Urusan, Nick Revell, telah mengeluarkan satu kenyataan amaran dimana peluang pekerjaan yang ada boleh hilang sekiranya badan awam yang terlibat dalam pelesenan industri baharu terlalu perlahan.

“crown estate harus menjalankan kerja mengenai ini dan menyediakan penyelesaian yang tepat pada masanya,” katanya.

Natural Resources Wales, NRW juga perlu terlibat untuk menjayakan perancangan perniagaan ini.

crown estate juga telah memaklumkan bahawa dia juga cuba sedaya upaya untuk menjalankan perancangan ini dengan secepat yang mungkin.

Andrea Winterton, pengurus perkhidmatan marin di Natural Resources Wales, yang bertanggungjawab untuk menjaga persekitaran dan juga landskap Kawasan pantai di Wales berkata pihak NRW sedang bekerjasama dengan pemaju yang terlibat dengan projek kincir angin ini dan juga pemaju marin yang lain dimana mereka boleh memperbaharui cadangan mereka dari semasa ke semasa, serta dengan wakil industry, the crown estate dan Kerajaan Welsh pada tahap yang lebih strategik.

“Kami menawarkan kihdmat nasihat dan panduan kepada para pemaju yang ingin melibatkan diri dalam projek ini dan akan membantu mereka di sepanjang proses untuk memastikan pihak pemaju mampu mencapai pengurusan sumber asli di tahap yang maksima”.

Tambahan beliau, ini boleh dilihat dalam keputusan pelesenan marin baru-baru ini dicapai untuk satu lagi projek boleh diperbaharui marin, Morlais, di luar pantai barat Anglesey. “Kami akan sentiasa memberi nasihat kepada crown estate mengenai rancangan pajakan dasar laut untuk kincir angin ini dan terus bekerjasama dengan pemegang saham untuk memacu kerja-kerja untuk tenaga boleh diperbaharui marin di Wales.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *