Penasihat PBB Pertikai Langkah Baharu Kerajaan Berkenaan 5G

Penasihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai strategi dan dasar 5G, Brett Haan melihat langkah kerajaan Malaysia mahu mempertimbangkan model Dual Wholesale Network (DWN) dalam pelaksanaan 5G negara sebagai mengelirukan dan menimbul lebih banyak persoalan.

Sebaliknya Haan melihat pemilihan Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) adalah langkah lebih baik untuk meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan 5G di Malaysia.

Beliau berkata, penggunaannya sejajar dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk menjadi peneraju dalam ekonomi digital. Selain penyertaan daripada pengendali rangkaian mudah alih (MNO), model SWN akan mendorong persaingan sektor perkhidmatan.

“Pemilihan SWN turut diyakini dapat menarik lebih ramai pemegang kepentingan untuk mendorong persaingan sektor perkhidmatan.

“Namun, apa yang lebih penting sekarang ini adalah pelaksanaan dasar di bawah SWN.

“Kerajaan perlu mewujudkan keyakinan untuk bekerjasama dengan semua pengendali MNO dan pihak berkepentingan lain seperti syarikat besar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekali gus rakyat akan melihat manfaat model ini,” katanya.

The Edge melaporkan kritikan Haan terhadap model DWN.

“Kepada saya secara peribadi, model DWN ini menimbulkan persoalan apakah entiti ini kawan atau pesaing antara satu sama lain?

“Adakah mereka akan pergi ke pasaran modal yang sama untuk pembiayaan? Adakah mereka pergi ke vendor yang sama? “Bagaimana anda akan mengendalikan keselamatan siber yang kritikal? Bagaimanakah anda akan menyelaraskan kedua-dua firma tersebut?

Itu bagi saya dasar ini hanya menimbulkan kekeliruan.

Malaysia sebelum ini telah pun memutuskan dasar Single Wholesales Network (SWN) menerusi Digital Nasional Berhad sebelum ini.

Dalam model DNB, syarikat berkaitan kerajaan ini bertanggungjawab menyediakan infra 5G di seluruh negara bagi kegunaan semua syarikat telekomunikasi (telco) dengan kaedah pelaksanaan berasaskan Single Wholesale Network (SWN). Dalam model ini semua Telco akan membayar harga yang sama bagi mendapat laluan 5G.

Tujuan model ini adalah untuk mengurangkan kos pembinaan infra 5G oleh setiap Telco, mempercepatkan liputan 5G di seluruh negara dan menjamin pengguna mendapat kualiti perkhidmatan 5G yang hampir sama.

DNB dilaksanakan setelah mengambil kira beberapa kelemahan dalam pelaksanaan 4G. Liputan 4G tidak menyeluruh kerana telco lebih menumpukan peningkatan infra di kawasan bandar dan menyebabkan kerajaan terpaksa masuk campur dan menyediakan puluhan bilion melalui Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi menaikkan taraf rangkaian 4G di luar bandar.

Petikan The Edge

KUALA LUMPUR (Feb 16): Using a dual wholesale network (DWN) model to implement 5G will create confusion in the market, according to adviser to the United Nation (UN) on 5G strategy and policy Brett Haan.

Speaking at a media briefing on Wednesday (Feb 16), Haan said the DWN model will raise a lot of questions that will pose further challenges in implementing the 5G technology.

“The DWN model, to me personally raises questions such as — are these entities friends or competitors?

“Are they going to go to the same capital markets for financing? Are they going to the same vendors?

“How are you going to handle cybersecurity which is critical? How are you going to coordinate those two firms? That to me just creates confusion,” he said.

Haan also stressed that Malaysia will not suffer the same fate as Mexico in implementing the 5G technology as Malaysia is learning lessons from other countries.

“The government could have chosen a regional network perspective but they (Malaysian government) chose a national one which is totally legitimate and totally understandable.

“[In implementing 5G] you know you want to have good business operations, have a good vendor and you want to have some sort of transparent reporting,” he shared.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *