Mamat Khalid Pengarah Bertaraf Auteur

Oleh Ku Seman Ku Hussain


Teori Auteur sering menjadi rujukan apabila mengulas atau membedah filem. Diasaskan oleh pengkritik filem Andre Bazin yang juga editor majalah filem berpengaruh di Perancis tahun 1950-an, Cahiers du Cinéma.

Menurut teori ini, pengarah adalah auteur atau pengarang pada filem arahannya. Semua aspek – daripada gerak kamera, teknik pencahayaan dan penataan artistik berada di bawah kawalan pengarah secara penuh sedar. Maka, filem yang lahir itu ada tanda tangan atau ‘directorial stamp’ pengarahnya.

Teori ini agak mudah diaplikasikan untuk melihat kawalan seseorang pengarah terhadap arahan mereka. Malah, ia menjadi kayu ukur kesinambungan gaya dan pemikiran pengarah dalam beberapa karya sebelum atau selepasnya. Ini kerana daripada aspek teknik, struktur naratif hinggalah perkara yang hendak diangkat
sewajarnya ditentukan oleh pengarah.

Pengarah bertaraf auteur akan memberikan khalayak sebuah karya yang daripada aspek teknik, mise-en-scène dan gaya yang menjadi kesukaannya. Maksud mise-en- scène ialah membina sesuatu adegan yang melibatkan kerja kamera, penataan cahaya dan gerak lakon. Saya melihat ciri-ciri auteur ini ada kepada Mamat Khalid.

Karya filemnya mempunyai tanda tangan dan pengenalan diri. Secara luaran filem arahan Mamat bercorak komedi, mengajak penonton ketawa dan sesekali diselitkan lawak ‘deadpan’ atau selamba. Mamat seorang yang kritis dalam mengkritik khalayaknya. Malah, keupayaannya menjebak khalayak untuk ikut larut dalam filem-filemnya yang kelihatan main- main, sambil lewa sehingga ada yang menganggapnya sebagai ‘mengarut.’ Tetapi itulah Mamat. Beliau menjadi tukang karut yang sinis dan kuat menyindir.

Anda boleh dapatkan artikel penuh dengan membeli majalah Agenda Massa keluaran Februari 2022 di Shopee. dengan harga RM6.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *