Enam sutradara hasil filem bertaraf mega

KUALA LUMPUR: Tiga syarikat perfileman, Asia Tropical Films, The Film Engine dan Suhan Movies Trading Sdn Bhd bergabung menghasilkan filem bertaraf mega berkaitan dengan pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia sejak Disember, tahun lalu.

Menggunakan judul Juang yang dipetik daripada perkataan ‘pejuang’, filem mega bernilai RM6 juta itu dicetuskan ketika tiga bulan terkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Ia juga dianggap sebagai apresiasi kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus demi kesejahteraan negara. Filem berkenaan menggabungkan idea tiga produser, Datuk Rosyam Noor, Matt Lai dan Jack Lim.

Istimewanya, filem Juang menampilkan satu kelainan apabila membariskan enam pengarah hebat bersama 100 barisan pelakon dan 200 pekerja balik tabir.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *