Mustapa Komited Penuhi Aspirasi RMK-12 Impian PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang giat berusaha mewujudkan pelaburan dalam negara dan asing demi menyediakan prospek yang lebih baik kepada rakyat dalam aspek peluang pekerjaan berkualiti dan peluang perniagaan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut beliau Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) portfolio jabatannya ialah memastikan pelabur asing yang datang melabur di Malaysia menyediakan peluang pekerjaan berkualiti yakni dengan membayar gaji lebih tinggi bukan gaji minimum.

“Pelaburan penting tak kira datangnya dari sumber dalam negara mahupun asing. Tapi pelaburan asing sangat penting untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, teknologi dan dapat eksport tinggi, itu pentingnya peranan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Buat masa ini kerajaan telah berjaya menarik pelabur yang sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti di Kulim, Lembah Klang,Pulau Pinang dan Johor. Dalam konteks pelabur yang membayar gaji lebih tinggi bukan gaji minimum.

“Hal demikian untuk merancakkan lagi prospek tersebut ia memerlukan pendekatan lebih agresif- sedang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Mustapa menjangkakan tahun depan pertumbuhan ekonomi negara akan bertambah baik malah dalam tempoh 1 bulan pertama tahun ini, perdagangan luar negeri meningkat amat ketara iaitu melebihi 20 peratus.

“Kita nak teruskan pemulihan ini untuk menyediakan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia.

“Tahun depan menjanjikan prospek lebih baik untuk negara kita, ini sudah pasti akan meningkatkan pencapaian Malaysia meneruskan agenda untuk menyediakan peluang pekerjaan yang berkualiti dan peluang perniagaan untuk rakyat kita,” jelas beliau.

Mustapa menambah beliau begitu komited untuk memenuhi harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berprestasi tinggi sejajar dengan pelan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Di JPM aspek ekonomi saya perlu pastikan segala perancangan itu dapat diselaraskan denagn aspirasi Keluarga Malaysia.

“Sandaran utama saya ialah mencapai negara berpendapatan tinggi mejelang 2025 dan mengenal pasti strategi miskin tegar kerana tumpuan kita nak hapuskan miskin tegar dalam 2025 serta asas yang ketiga Felda, saya bantu Perdana Menteri kita telah belanjakan wang yang agak besar untuk pelan pemulihan Felda yang berdepan cabaran kewangan, Felda dihantui hutang RM8.3 bilion- hutang itu telah dihapuskan.

“Kita sedang berusaha untuk basmi miskin tegar ini, harap dapat kita hapuskan. Selain itu, bagi Felda pula kita nak tingkatkan pendapatan peneroka menerusi pelan pemulihan Felda supaya mereka menikmati pendapatan lebih tinggi menjelang 2023 iaitu RM5,000 satu keluarga peneroka,” katanya.

Mustapa mengakui beliau sangat berdedikasi untuk memenuhi aspirasi Perdana Menteri terutama membabitkan RMK12 agar tidak lari sasaran.

“Saya buat kerja berdasarkan kepada ucapan Perdana Menteri sewaktu pembentangan RMK12, pemacu perubahan, buku RMK12 lebih 500 muka surat supaya kita dapat capai.

“Manakala bagi Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk pastikan pada 2025 sektor ini dapat menyumbang kepada 25 peratus daripada eksport negara dan jika sasaran tak tercapai kita akan ambil langkah-langkah intervensi supaya sasaran tersebut dapat dicapai.

“Selain itu bagi Felda saya mahu pastikan ia berada di landasan mapan, ada daya tahan sebab mereka dah dapat pelbagai kemudahan, kerajaan dah banyak beri perhatian kepada warga Felda kita tak mahu warga Felda bergantung semata-mata kepada sawit dan getah semata-mata boleh menternak, pertanian lain kerana ia akan menjadi ‘role model’ kepada institusi lain, asas lebih kukuh,” katanya.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli memberitahu buat masa ini rekod kemiskinan tegar seramai 200,000 keluarga yang akan alami proses pemutihan untuk capai negara berpendapatan tinggi.

“Miskin tegar mempunyai pendapatan RM1,169 peringkat nasional isi rumah dan 50 lokaliti akan dimutktamadkan, profil pemetaan untuk buat pemutihan kemudian Februari akan bawa ke Kabinet, Mac akan laksanakan.

“Setiap lokaliti cara tangani berbeza rangka strategi setiap peringkat. Ini adalah maruah negara setiap rakyat ada makanan, tempat tinggal di bandar lebih ramai terutamanya di PPR tak mengira etnik lebih berfokus,” ujar Mustapa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *