Zazali Haron Dilantik Pengerusi Eksekutif SKM Yang Baharu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengumumkan pelantikan Zazali Haron, 59 tahun, sebagai Pengerusi Eksekutif baharu berkuatkuasa 1 Disember lepas.

Menurut kenyataan media SKM, Zazali Haron merupakan lulusan Master in Trade and Development, Eastern Michigan University.

Beliau telah berkhidmat selama 36 tahun di beberapa SKM Negeri dan Bahagian di Ibu Pejabat sejak di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini SKM) dan merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM sejak 21 Mei 2020.

Sementara itu,  Rusli Jaafar, 58 tahun, yang  sebelum ini memegang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif yang baharu.

Berasal dari Kuala Selangor, lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), UKM ini telah berkhidmat selama 28 tahun di Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar telah menyerahkan watikah pelantikan dalam satu majlis ringkas di Menara Bank Rakyat semalam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *