Memetik petikan ChannelNewsAsia.Com, di Tokyo lebih banyak syarikat Jepun yang besar kini menaikkan gaji untuk menarik pekerja dan mengatasi kekurangan kakitangan yang kian membimbangkan, tinjauan bulanan Reuters menunjukkan pada Khamis, 18 Ogos, Japan Inc mungkin akan mengambil langkah dalam menangani masalah tiada kenaikan gaji yang tidak pernah berubah selama beberapa dekad.
Namun, tinjauan yang telah dilakukan oleh badan korporat ini mendapati bahawa gaji yang lebih tinggi belum lagi menjadi taktik yang berkesan untuk syarikat, dengan pendigitalan dilihat sebagai medium yang paling popular di kalangan pelbagai langkah firma yang digunakan untuk menangani masalah buruh.
Syarikat Jepun biasanya mengelak daripada menaikkan gaji kerana deflasi selama beberapa dekad telah menyukarkan untuk menyampaikan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.
Situasi ini mungkin berubah, kerana kenaikan dua kali ganda harga komoditi yang lebih tinggi dan nilai yen yang lebih lemah meningkatkan kos sara hidup, dan memperjelaskan lagi tekanan yang dialami oleh para pekerja. Perdana Menteri Fumio Kishida juga telah menyeru syarikat-syarikat untuk menaikkan gaji.
“Secara keseluruhan kami menghadapi kekurangan tenaga kerja dan kami sedang bergelut untuk menarik pekerja sambilan di kedai khususnya. Kami mengambil langkah dengan menaikkan gaji tetapi ada hadnya,” tulis pengurus sebuah premis perniagaan dalam tinjauan itu, dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Tinjauan terhadap 495 firma yang yang pada dasarnya secara kecil-kecilan, yang telah dilakukan pada 2 sehingga 12 Ogos, menunjukkan bahawa firma-firma ini telah bersiap sedia untuk mengambil langlah dalam menaikkan gaji para pekerjanya untuk membendung masalah kekeurangan tenaga pekerja.
Langkah kenaikan gaji atau gaji permulaan yang lebih tinggi adalah respons yang dipilih oleh responden dalam tinjauan yang telah dilakukan yang memegang peratus sebanyak 44% n sebagai salah satu daripada pelbagai taktik yang seharusnya digunakan oleh firma-firma yang sedia ada tanpa mengambil kira sama ada firma besar atau kecil-kecilan.
Peratus Itu dibandingkan dengan 25% syarikat yang memilih untuk mengambil pendekatan hanya untuk menaikkan gaji sahaja dalam tinjauan korporat pada tahun 2017.
Sebanyak 59% firma memilih untuk menggunakan taktik pertukaran ke arah system digital dan lain-lain untuk membendung masalah tenaga buruh ini.
“Arus berubah apabila kekurangan buruh telah mendorong semakin banyak syarikat menaikkan gaji walaupun secara beransur-ansur,” kata Koya Miyamae, ahli ekonomi kanan di SMBC Nikko Securities.
“Ini hanyalah permulaan, apabila penduduk semakin meningkat dari segi usia dan semakin berkurangan, momentum untuk menaikkan gaji akan meningkat lagi,” katanya.
Sebilangan besar syarikat, 54%, berkata mereka menghadapi masalah buruh dengan kekurangan yang paling ketara dalam kalangan bukan pengilang dan ada juga firma memberitahu di mana 59% mereka menghadapi masalah dalam mencari kakitangan yang baru.
“Kami tidak dapat berbuat apa-apa” untuk mendapatkan pekerja, kata seorang lagi pengurus di sebuah pemborong.
Sebahagian besar firma juga menggesa dalam mempraktikkan persekitaran tempat kerja yang lebih baik, termasuk pengambilan pekerja sepanjang tahun dan menangguhkan persaraan untuk menggalakkan pekerja yang sudah berusia untuk masih bekerja sehingga usia lanjut mereka.
IMIGRESEN
Kumpulan pekerja yang semakin berkurangan telah menjadi kebimbangan selama bertahun-tahun dalam ekonomi dunia, dan telah menjadi satu pengukur untuk nrgara ekonomi maju lain termasuk di Eropah. Penggubal dasar, sementara itu, telah berhenti daripada membenarkan imigresen yang meluas.
Sebanyak 19% firma berkata kini mereka mendapatkan pekerja asing dalam tenaga buruh mereka, berbanding 13% dalam tinjauan pada tahun 2017.
Secara berasingan, tiga perempat syarikat berkata mereka mahu kerajaan Kishida menggunakan satu lagi pusingan rangsangan besar untuk membantu ekonomi menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Sebanyak 44% firma berkata mereka mahu melihat rangsangan fiskal baharu, pilihan paling popular. Hanya satu daripada lima berkata mereka mahu melihat rangsangan monetari selanjutnya, menonjolkan sokongan yang semakin berkurangan untuk program pelonggaran besar-besaran Bank of Japan.
Keputusan tinjauan itu dibuat ketika keluaran dalam negara kasar (KDNK) hingga Jun menyaksikan pengembangan suku ketiga berturut-turut, tetapi penganalisis berkata kebangkitan semula coronavirus dan kelembapan dalam ekonomi AS dan China mengaburkan prospek.
Dalam tinjauan itu, sebahagian besar firma Jepun melihat kebangkitan semula virus itu menimbulkan risiko menurun kepada ekonomi pada separuh kedua tahun fiskal ini hingga Mac 2023.
Tinjauan yang dijalankan untuk Reuters oleh Nikkei Research, meninjau 495 firma Jepun bukan kewangan besar, separuh daripadanya menjawab dalam tempoh 2 hingga 12 Ogos. Pengurus biasanya membalas dengan syarat tidak mahu dikenali, membolehkan mereka meluahkan pendapat dengan lebih bebas.