Anugerah projek kepada syarikat Singapura, masa depan rakyat Melaka jadi cagaran?

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan Melaka menganugerahkan projek pembangunan tambakan laut kepada syarikat berpangkalan di Singapura mengundang gusar berhubung masa depan rakyat negeri itu.

ADUN Bukit Katil, Adly Zahari berkata, pada 29 Jun 2021 kerajaan negeri telah menganugerahkan satu projek pembangunan kepada Far East Melaka Sdn Bhd kawasan seluas hampir 1,190 ekar.

“Kalau kita lihat Far East ini merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ini syarikat yang kita bagi 1, 190 ekar.

“Tun Perak Pte Ltd syarikat yang didaftarkan di Singapura dan yang paling pelik syarikat ini berdaftar pada 12 Jun 2021 dengan ini yang harus kita lihat, adakah ia mampu melakukan ini semua sedangkan dia menguasai 49 peratus daripada share Far East Melaka Sdn Bhd,” katanya.

Menurut bekas Ketua Menteri Melaka itu lagi, jumlah itu bukan kecil.

“Apa jadi kepada negeri kita? Kita nak beri rakyat tapak rumah pun belum tentu, ini 1,190
ekar apa berlaku kalau syarikat ini tak mampu?

“Boleh cari sumber premium RM30juta tapi kita harus melihat macam mana masa depan kita?

“Kenapa kita merancang Begitu? Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu konsultan semak balik bukan agihkan. Tak boleh model seluas ini kesan jangka panjang kepada rakyat Melaka,” tegas beliau pada sidang DUN Melaka pada Selasa.

Ujar beliau ini antara cabaran kita berkenaan pelaburan bukan mudah untuk membangunkan kawasan tambakan laut.

“ Ini adalah cabaran paling besar kita pada masa depan.

“Janji kita kepada rakyat adalah pekerjaan, di mana pekerjaan di kawasan tambakan laut kita kalau kita tidak susun dengan baik, yang kita kata kepada rakyat adalah peluang ekonomi kepada mereka, di mana peluang ekonomi? Soal beliau.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *