Peluang kerja selepas tamat program MaraCorp dan TalentCorp

HAMPIR dua tahun negara dilanda badai Covid-19, dalam tempoh itu juga graduan berdepan kesulitan antaranya menempatkan diri dalam alam pekerjaan.

Ini dibuktikan dengan Statistik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini yang menunjukkan 202,400 daripada 771,800 orang merupakan penganggur siswazah.

Bagaimanapun Memorandum Persefahaman (MoU) di antara MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) yang dimeterai pada 2 November lalu bakal memberi sinar harapan terutamanya buat pelajar, bakat TVET dan tajaan MARA.

Tujuh manfaat akan diraih oleh pelajar, bakat TVET dan tajaan MARA melalui MoU berkenaan yang sekaligus mampu untuk memberikan nafas tambahan untuk mereka.

MoU yang pertama kali melibatkan dua organisasi itu merupakan kerjasama untuk menyokong Agenda Kebolehpasaran Graduan MARA melalui Model Kolaborasi Peralihan Alam Persekolahan ke Alam Pekerjaan (School-to-Work Transition) untuk memperkasakan tenaga kerja negara.

Melalui manfaat yang bakal diperoleh MARA Corp melalui MoU ini adalah jalinan hubungan kerjasama bersama TalentCorp untuk menjadi penghubung antara pelajar-pelajar dalam ekosistem MARA dengan jaringan pelbagai syarikat.

MoU itu juga akan mewujudkan projek khas dan kerjasama antara kedua-dua organisasi yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan dan kebolehpasaran graduan di dalam ekosistem MARA.

Selain itu, manfaat yang bakal diraih oleh MARA Corp adalah dapat mengoptimumkan inisiatif sedia ada TalentCorp seperti program Nurturing Expert Talent (mynext), Structured Internship Programme (SIP), Scholarship Talent Attraction & Retention (STAR), Talent Mobility, Semester Break Programme (SBP), Young Employable Student (YES!) dan #KisahSiswa.

Bagi TalentCorp, manfaat yang ditawarkan adalah menyokong agenda pembangunan modal insan dan kebolehpasaran graduan MARA.

TalentCorp juga akan bekerjasama untuk menambah baik program modal insan dalam ekosistem MARA untuk melahirkan dan memasarkan bakat-bakat dalam bidang yang strategik dan juga lain-lain bidang yang berkaitan.

Selain itu, TalentCorp akan berkongsi maklumat, inisiatif program dan memberi khidmat nasihat berkaitan dengan bakat dan modal insan berdasarkan data TalentCorp yang diperolehi daripada Senarai Pekerjaan Kritikal (Critical Occupations List), mynext dan cerapan industri.

TalentCorp juga akan berperanan sebagai penghubung di antara MARA dan pihak berkepentingan yang terdapat dalam jaringan Talent Corp.

Secara ringkasnya, MoU ini akan membuka ruang kolaborasi strategik di antara TalentCorp dan MARACorp dalam menyokong Ekosistem Bakat Kumpulan MARA, melalui – penawaran bakat (pelajar/ bakat TVET/ tajaan) dan permintaan bakat (syarikat dan anak syarikat MARA), memanfaatkan inisiatif  pembangunan bakat TalentCorp seperti Program Latihan Berstruktur (SIP), Nurturing Expert Talent (mynext), Young Employable Students (YES!), serta inisiatif untuk bakat-bakat wanita dan diaspora.

Kerjasama ini juga merupakan satu platform strategik bagi kedua-dua agensi untuk meneroka peluang dalam membangunkan program intervensi bakat baharu bagi memperkasakan ekosistem bakat MARA dan negara secara keseluruhannya.



Manfaat yang ditawarkan MARA Corp melalui MoU ini adalah membabitkan:

1. Menjalin hubungan kerjasama bersama TalentCorp untuk menjadi penghubung antara pelajar-pelajar dalam ekosistem MARA dengan jaringan pelbagai syarikat.
2. Bersama mewujudkan projek khas dan kerjasama yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan dan kebolehpasaran graduan di dalam ekosistem MARA.
3. Mengoptimumkan inisiatif sedia ada TalentCorp seperti program Nurturing Expert Talent (mynext), Structured Internship Programme (SIP), Scholarship Talent Attraction & Retention (STAR), Talent Mobility, Semester Break Programme (SBP), Young Employable Student (YES!) dan #KisahSiswa.

Manfaat yang ditawarkan TalentCorp adalah:

4. Menyokong agenda pembangunan modal insan dan kebolehpasaran graduan MARA.
5. Bekerjasama untuk menambah baik program modal insan dalam ekosistem MARA untuk melahirkan dan memasarkan bakat-bakat dalam bidang yang strategik dan juga lain-lain bidang yang berkaitan.
6. Berkongsi maklumat, inisiatif program dan memberi khidmat nasihat berkaitan dengan bakat dan modal insan.
7. Sebagai penghubung di antara MARA dan pihak berkepentingan yang terdapat dalam jaringan TalentCorp.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *