Kepenggunaan Hijau ke arah kelestarian

Oleh Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman

Jangan hanya ketika pohon terakhir ditebang, sungai terakhir dikeringkan dan ikan terakhir ditangkap, barulah kita menyedari bahawa kita tidak boleh makan wang.”

Eric Weiner

Peningkatan pembelian secara dalam talian ketika pandemik COVID-19 memberi kesan langsung terhadap peningkatan jumlah sisa plastik isi rumah. Penggunaan beg plastik, pembalut dan pembungkus gelembung meningkat seiring peningkatan pembelian.

Hakikatnya 96 peratus pakej beli-belah dalam talian dibalut dengan plastik. Ternyata, kejayaan mencipta plastik pada abad ke-20 telah menghasilkan kebanjiran sisa plastik yang kelihatan di mana-mana sahaja. Pengeluaran plastik global dilaporkan meningkat daripada 20 MMT pada tahun 1966 kepada 381 MMT pada tahun 2015. Ia adalah peningkatan 20 kali ganda dalam tempoh setengah abad yang mana dianggarkan 8 MMT sisa plastik memasuki dunia setiap tahun dan ia bersamaan dengan membuang sisa plastik menggunakan lori sampah ke lautan setiap minit.

Malangnya, kurang 10 peratus daripada plastik yang dihasilkan dikitar semula. Peningkatan sisa buangan polisterina juga meningkat. Penggunaan polisterina dan plastik sebagai contoh dalam kehidupan manusia mampu memberikan kerosakan kepada alam sekitar. Hal ini kerana kedua-dua bahan ini memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk reput dengan jumlah tenaga yang sangat tinggi diperlukan untuk memusnahkannya.

Kajian Pew Charitable Trusts pada tahun 2020 mendapati, walaupun mempertingkatkan kitar semula global adalah penting untuk menangani sisa plastik, namun usaha itu tidak akan menghalang pencemaran daripada terus melonjak tanpa kekangan dalam pengeluaran. Berikutan plastik mengandungi toksik yang memberi kemudaratan terhadap manusia dan alam sekitar jika diuruskan tanpa kaedah yang betul, kerajaan digesa memperkenalkan undang-undang membabitkan pengeluaran, penggunaan, pengitar semula dan pelupusan semua bahan plastik.

Artikel penuh dalam majalah Agenda Massa keluaran Mei 2022, halaman 36-39. Dapatkan Agenda Massa di Shopee atau kedai buku terpilih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *