Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melalui kenyataan medianya mengumumkan perlantikan YB Datuk Haji Shabudin Yahaya selaku Pengerusi AIM yang baharu.
Shahbudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang sejak tahun 2013, pernah menjawat beberapa jawatan penting seperti Hakim Mahkamah Syariah dan Pengerusi Felcra Berhad. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang.
Kenyataan media tersebut memaklumkan “Di atas kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki ini, beliau diyakini dapat menerujui AIM yang kini memiliki seramai 356,024 Sahabat kepada satu tahap yang lebih baik dan cemerlang.”
AIM juga berharap dengan pelantikan ini dapat meningkatkan lagi peranan dan fungsi AIM dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan seterusnya dapat meningkatkan taraf ekonomi isi rumah golongan yang berpendapatan rendah
Perlantikan ini adalah bertujuan untuk menggantikan Pengerusi AIM terdahulu, Datuk Seri Lajim Ukim yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 29 Ogos lalu.