Ringgit Dibuka Lebih Rendah Berbanding Dolar AS Apabila Harga Minyak Menurun

Menurut TheStar.Com, nilai Ringgit Malaysia rendah berbanding dolar AS hari ini, berkemungkinan disebabkan oleh penurunan harga minyak, manakala dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah pesimisme umum mengenai ekonomi global, kata seorang penganalisis.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.4830/4860 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.4745/4780.

Pasaran ditutup pada hari Rabu untuk sambutan Hari Kebangsaan.

Penganalisis pasaran kanan OANDA, Edward Moya berkata, harga minyak mentah jatuh kerana peniaga tenaga menjangkakan bakal menempuhi tempoh yang sukar untuk pertumbuhan global, sebahagiannya kerana aktiviti kilang China kekal yang masih berada dalam situasi yang masih tegang dan membimbangkan.

“Harga minyak mentah telah berada dalam aliran rendah kerana pasaran minyak tidak kelihatan seperti dulu lagi, tetapi gelombang terakhir kelemahan ini berkemungkinan akan diikuti dengan pengurangan dalam pengeluaran Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum,” katanya kepada Bernama.

Pada masa akhbar, penanda aras harga minyak mentah Brent turun 2.84% kepada AS$96.49 satu tong.

Dalam pada itu, Moya menyatakan bahawa pelabur juga menantikan data  daripada Non-Farm Payroll Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

“Kadar pengambilan pekerja yang lebih perlahan masih memberikan Rizab Persekutuan laluan untuk kenaikan kadar yang lebih agresif sepanjang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang akan datang,” tambahnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2033/2059 daripada penutup Selasa 3.2073/2103, meningkat berbanding pound British kepada 5.1931/1966 daripada 5.2472/2514 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2150/2173 daripada 3.2363 sebelum ini

Bagaimanapun, ia menyusut berbanding euro kepada 4.4942/4972 daripada 4.4884/4919 pada hari Selasa yang lepas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *