Berdasarkan TheStar.Com, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperluaskan lagi pakatan strategiknya dengan syarikat minyak dn gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk menjalinkan Kerjasama dalam projek gas asli cecair (LNG) bersepadu dan lain-lain, termasuk pemprosesan awal minyak, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih di Argentina.
Untuk tujuan ini, syarikat minyak dan gas negara telah menandatangani memorandum persefahaman dengan YPF, dan YPF Bersama dengan entity operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A juga telah melaksanakan Perjanjian Kajian dan Pembangunan Bersama (JSDA) ke arah kajian dan potensi pembangunan projek gas asli cecair (LNG) Bersepadu Argentina.
JSDA merangkumi pengeluaran gas khusus, saluran paip dan pembangunan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan perkapalan, kata firma minyak negara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ia menambah bahawa keputusan pelaburan muktamad untuk projek-projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang akan dibuat dengan teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiscal yang kondusif.
Presiden Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata kumpulan itu akan memberi tumpuan untuk mengembangkan dan mempelbagaikan peluang bersepadunya untuk menguasai pasaran utama.
“Kepakaran Petronas dalam LNG bersepadu dan permainan bukan konvensional akan menambah nilai kepada niat dan sinergi kedua-dua pihak dalam meneroka lebih lanjut peluang potensi LNG di Argentina, dengan memanfaatkan sumber gas bukan konvensional yang luas dari Vaca Muerta,” tambahnya.
Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.