“Pasca pandemik orang ramai lebih banyak berbelanja, lebih berani mengambil risiko dan – mahukan prestasi yang lebih baik dari ahli politik.”
Finance & economics, Edisi 1 Mei 2021.
Pada 1830-an pandemik kolera telah melanda Perancis dengan teruk sekali. Hospital di Paris dilimpahi pesakit yang mengalami pelbagai gejala yang tidak dikenalpasti oleh para doktor ketika itu. Ia mengorbankan hampir 3% penduduk Paris dalam tempoh sebulan. Namun kemudiannya pandemik tersebut mendorong kebangkitan ekonomi Perancis yang mengikuti Britain menerajui revolusi industri di Eropah.
Bagi mereka yang pernah membaca “Les Misérables”, pandemik ini turut menyumbang kepada revolusi lain. Ia menyebabkan ketidakstabilan politik dan sosial. Orang-orang miskin di kota Perancis paling teruk terkesan akibat pandemik ini. Mankala bagi golongan kaya, mereka melarikan diri ke ‘country homes’ di luar bandar untuk mengelakkan penularan. Perancis menyaksikan ketidakstabilan politik selama bertahun-tahun selepas itu.
Hari ini, walaupun pandemik Covid-19 masih ‘mengamuk’ di negara-negara miskin, negara maju telah berada di ambang ledakan pasca pandemik. Hasil penemuan vaksin dan vaksinasi yang pantas oleh Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Russia dan China, mereka berjaya memansuhkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Vaksinasi telah mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian akibat virus. Banyak peramal ekonomi berpendapat ekonomi Amerika akan berkembang lebih daripada 6% tahun ini, sekurang-kurangnya empat peratus lebih tinggi berbanding trend pra-wabak.
Analisa oleh The Economist mendapati data KDNK negara G7 menunjukkan pemecutan ekonomi yang luar biasa, sesuatu yang jarang dilihat sejak ledakan pasca perang pada 1950-an (post-war boom).
Keluarbiasaan ini menyebabkan sebahagian ahli ekonomi terpaksa menelusuri sejarah untuk memahami apa yang sedang berlaku.
Sejarah menunjukkan setelah masyarakat dunia berhadapan ancaman besar bukan kewangan seperti seperti perang dan pandemik, KDNK akan kembali bangkit. Ada tiga pengajaran dari setipa krisis besar.
Pertama, perbelanjaan meningkat setelah orang ada keyakinan dan wang untuk dibelanjakan. Bukti dari pandemik terdahulu menunjukkan bahawa semasa fasa takut, orang berkelakuan seperti yang mereka lakukan selama tahun lalu dalam situasi pandemikcovid-19 – mengumpulkan simpanan kerana peluang perbelanjaan hilang akibat PKP.
Menurut sejarah, kadar simpanan isi rumah Britain meningkat dua kali ganda pada 1870 apabila negara tersebut dilanda wabak penyakit cacar. Hal yang sama berlaku di Jepun semasa perang dunia pertama.
Pada tahun 1919-20, ketika selesema Sepanyol bermaharajalela, orang Amerika menyimpan lebih banyak wang tunai daripada pada tahun berikutnya hingga perang dunia kedua. Ketika perang melanda, simpanan meningkat lagi, dengan isi rumah mengumpulkan baki tambahan pada tahun 1941-45 bernilai sekitar 40% daripada KDNK.
Perbelanjaan meningkat, mendorong pekerjaan pulih. Apabila ekonomi kembali dibuka, orang ramai membelanjakan wang dan memenuhi kehendak mereka yang selama ini tertangguh dalam pandemik.
Kedua, krisis mendorong orang dan perniagaan untuk mencuba cara baru untuk melakukan sesuatu, menaikkan struktur ekonomi. Di negara ini kita dapat lihat dengan usaha mendigitalkan perniagaan dan mewujudkan acara-acara akademik, hiburan, politik secara atas talian telah berjalan dengan meluas.
Namun sudah tentu setakat ini ia tidak berjaya menggantikan kerugian dari penutupan kompleks membeli belah, dewan-dewan acara, penganjuran fizikal dan pengangguran akibat penutupan ekonomi. Malahan di negara ini pendigitalan perniagaan tidak bermakna ia menjadi lebih baik.
Dalam perniagaan atas talian, pengusaha aplikasi penghantara seperti Grab dan Food Panda sahaja mengambil kos sehingga 30% daripada harga barang. Ia sama ada peniaga meningkatkan harga untuk dan meletakkan beban kepada pengguna atau menanggung kos tersebut yang akhirnya menjadikan perniagaan mereka sekadar cukup makan.
Ketiga, seperti yang dalam “Les Misérables”, pergolakan politik sering terjadi akibat pandemik dan kemelesetan ekonomi. Kedua-dua keadaan ini mewujudkan ketidaktetentuan masa depan. Apabila pandemik menyebabkan kemerosotan ekonomi dan masa depan yang suram, kebanyakan orang menderita akan menjadi sinis dan nihilis.
Mereka merasakan kerajaan gagal melakukan yang terbaik untuk kebajikan rakyat. Di sebalik keengganan kerajaan mengurangkan beban hutang dan infalsi bagi meneruskan ekonomi, tekanan dan kongkongan hidup akibat pandemik mengubah perwatakan ramai orang.
Pandemik Ebola antara tahun 2013-2016 telah meningkatkan perang saudara di Afrika Barat. Kajian terbaharu IMF terhadap , lima pandemik teramsuk Ebola, SARS dan Zika menunjukkan ada kaitan signifikan pandemik dengan peningkatan ketidakstabilan awam dan politik.
Di negara ini kerajaan menjadi tidak stabil, kemarahan terhadap kerajaan meningkat dengan pemimpin politik di luar kerajaan mengapi-apikan isu pandemik, vaksin dan ekonomi. Soal sama ada kerajaan ini mampu kekal atau tumbang hanya bergantung sepenuhnya kepada Yang Di Pertuan Agong dan masa.
Masa ialah sama ada Kerajaan mampu memvaksinkan semua penduduk dan kembali membuka ekonomi negara dalam masa terdekat. Jika berjaya, ia mungkin menstabilkan semula politik sosial negara.